Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pelan bertindak East Coast bertujuan bina rangkaian mesra demensia

East Coast akan melancarkan satu pelan bertindak untuk mengadakan persekitaran lebih baik bagi golongan lanjut usia di kawasan undi itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 13 Sep 2020 07:19PM Dikemas Kini : 13 Sep 2020 08:57PM

SINGAPURA: East Coast akan melancarkan satu pelan bertindak untuk mengadakan persekitaran lebih baik bagi golongan lanjut usia di kawasan undi itu.

Lebih 40 peratus penduduknya berusia 50 tahun dan ke atas.

Pelan bertindak itu termasuk membangunkan sebuah masyarakat yang mengambil berat terhadap para pesakit demensia dan penjaga mereka.

Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat dan empat lagi Anggota Parlimen GRC East Coast membincangkan tentang keperluan mengadakan pelan bertindak itu semasa satu persidangan secara maya.

Ia disertai juga empat peserta lain termasuk pesakit-pesakit demensia dan penjaga mereka.

Mereka membincangkan tentang cabaran-cabaran menjaga pesakit demensia serta pentingnya memudahkan mereka menggunakan rangkaian sokongan seperti penjagaan kesihatan dan khidmat-khidmat sosial.

Satu tinjauan akan dilakukan untuk mengetahui keperluan para penduduk tua kawasan itu.

Ia bagi merancang perkhidmatan dan prasarana yang diperlukan mereka.

"Kami berharap dapat melakukan tiga perkara. Pertama - membangunkan rangkaian sokongan bagi warga tua agar dapat menjalani proses penuaan dengan baik.

"Kedua - bagaimana kita boleh meningkatkan infrastruktur dan perkhidmatan bagi memastikan ada infrastruktur yang baik untuk warga tua kita. Dan yang ketiga - kita juga mempunyai ramai penjaga pesakit demensia.

"Menjaga warga emas, terutama mereka yang lemah, mereka yang mempunyai keperluan khas, memerlukan banyak usaha. Oleh itu adalah penting untuk kita berikan mereka sokongan," kata Encik Heng. 

Sumber : CNA/UR/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan