Skip to main content

Singapura

Pelan baru estet Queenstown bakal diumumkan kelak: Chan Chun Sing

Satu pelan baru bagi estet perumahan Queenstown bakal diumumkan tidak lama lagi, menurut Menteri Perdagangan dan Perusahaan Chan Chun Sing hari ini (3 Nov) di satu acara di kawasan GRC Tanjong Pagar dan kawasan undi Radin Mas yang meraikan Singapura sebagai sebuah 'Bandar Hijau'.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 03 Nov 2018 08:21PM Dikemas Kini : 03 Nov 2018 08:33PM

SINGAPURA: Satu pelan baru bagi estet perumahan Queenstown bakal diumumkan tidak lama lagi, menurut Menteri Perdagangan dan Perusahaan Chan Chun Sing hari ini (3 Nov).

Beliau berkata demikian di satu acara di kawasan GRC Tanjong Pagar dan kawasan undi Radin Mas yang meraikan Singapura sebagai sebuah 'Bandar Hijau'.

Semasa di acara itu, yang dihadiri ribuan penduduk, Encik Chan yang juga Anggota Parlimen (AP) GRC Tanjong Pagar berkata Queenstown adalah salah satu daripada estet perumahan pertama di Singapura.

Lantaran itu, selepas 50 tahun, sudah tiba masanya untuk melancarkan satu pelan baru bagi kawasan perumahan itu.

Di acara itu, para penduduk yang hadir juga berusaha untuk meningkatkan kesedaran bagi menangani isu perubahan iklim.

Mereka turut menanam beberapa benih pokok Ixora Javanica dan Common Sterculia di Queen's Close.

Sumber : CNA/AA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita