Pelaksanaan skim baucar prasekolah boleh cetuskan kesan sampingan tidak diingini: MSF
Anggaran Waktu Membaca:
Kanak-kanak prasekolah. (Gambar fail: TODAY)
SINGAPURA: Melaksanakan skim baucar sahaja dalam sektor prasekolah boleh menyebabkan peningkatan yuran tanpa penambahbaikan dari segi aksesibiliti atau mutu, kata Setiausaha Parlimen Kanan Pembangunan Sosial dan Keluarga Eric Chua pada Selasa (14 Okt).
Beliau memberi respons kepada usul penangguhan oleh anggota Parti Pekerja Kenneth Tiong, di mana Anggota Parlimen Aljunied itu mengusulkan cara bagi mencapai pendidikan prasekolah yang lebih adil dan pelbagai.
Salah satu cadangannya adalah subsidi-subsidi untuk setiap kanak-kanak dalam bentuk baucar prasekolah yang ibu bapa boleh gunakan di pusat-pusat prasekolah berlesen, menggantikan geran langsung kepada pengendali.
WP dalam manifesto parti mereka menjelang Pilihan Raya Umum 2025, mengusulkan supaya baucar diberikan kepada ibu bapa untuk digunakan bagi yuran penjagaan kanak-kanak atau prasekolah, sebagai alternatif kepada subsidi.
Pada Selasa, Encik Tiong menukil laporan media mengenai penutupan prasekolah sejak beberapa tahun kebelakangan ini, termasuk Red SchoolHouse @ Toh Tuck yang didakwa tidak membayar gaji pekerjanya selepas ia ditutup pada Mei lalu.
Encik Tiong berkata pengendali bebas berdepan tekanan oleh pusat-pusat lain yang dikendalikan di bawah skim-skim Agensi Pembangunan Awal Kanak-Kanak (ECDA) - yang menerima pembiayaan yang besar dan peruntukan keutamaan ke tapak-tapak Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) - dan tadika MOE yang mempunyai "sokongan penuh daripada belanjawan negara".
"Dalam persekitaran ini, malah tadika gereja, yang sudah beroperasi selama berdekad-dekad, membayar sewa sifar untuk menggunakan premis gereja, juga sedang ditutup, berkurangan sebanyak separuh daripada lebih 200 pusat sedekad lalu kepada lebih 100 sekarang. Seperti yang dikatakan oleh seorang pengendali kepada saya: "Walaupun dengan tidak perlu membayar sewa pun tidak boleh bertahan'," kata Encik Tiong.
Beliau menambah kaedah subsidi-subsidi pengendali secara langsung telah secara tidak sengaja mewujudkan "pasaran yang sangat terganggu" di mana para pengendali bebas "terperangkap".
Subsidi di peringkat pengendali sebahagian besar dilaksanakan menerusi pemindahan fiskal secara langsung.
Di pihak Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga, ini hanya ditawarkan kepada pengendali di bawah skim ECDA, katanya.
"Di sisi Tadika MOE, ia disalurkan secara langsung daripada belanjawan negara. Ia adalah pemindahan langsung kepada pengendali-pengendali pilihan yang disokong pemerintah, dan tiada sesiapa lain," katanya.
Disebabkan oleh subsidi-subsidi itu, pengendali bebas berdepan isu kemasukan jumlah pelajar yang berkurangan dan persaingan bakat yang bertambah sengit.
Sebagai sebahagian daripada cadangan pembaharuan menyeluruh sektor, Encik Tiong mengemukakan idea baucar prasekolah.
"Ini memperkasakan ibu bapa untuk memilih prasekolah yang paling sesuai dengan keperluan anak mereka - sama ada PCF, Montessori, pertubuhan berasaskan kepercayaan, atau pusat berasaskan permainan.
"Ia memaksa semua sekolah, termasuk gergasi yang disokong pemerintah, untuk bersaing secara adil dari segi mutu, falsafah, perkhidmatan; tanpa menentukan model perniagaan pemenang," kata Encik Tiong dalam ucapannya.
Namun, Encik Chua berkata mempunyai skim baucar itu sahaja boleh mencetuskan kesan akibat yang tidak disengajakan, seperti kenaikan dalam yuran prasekolah tanpa penambahbaikan dari segi aksesibiliti atau mutu.

Sumber : CNA/HA/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.