Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pelajari tentang kesihatan mental & penjagaannya dalam MRT

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 01 Nov 2022 08:05PM Dikemas Kini : 01 Nov 2022 08:48PM
SINGAPURA: Para penumpang yang menaiki kereta api MRT khas kini boleh mengetahui lebih lanjut mengenai kesihatan mental dan juga penjagaannya dalam tempoh empat minggu akan datang.

Ia sebahagian daripada kempen kesedaran baru diterajui oleh Caregivers Alliance Limited.

Kajian terkini yang dijalankannya bersama Milieu Insight mendapati lebih 25 peratus penduduk tempatan menjaga seseorang yang mempunyai masalah kesihatan mental.

Oleh itu, mereka akan memberi tumpuan kepada para penjaga dari pelbagai lapisan masyarakat.

Kisah-kisah penjaga ini boleh didapatkan dalam pelekat-pelekat yang bertujuan menghapuskan stereotaip berhubung penjagaan.

Para penjaga juga boleh memanfaatkan lebih banyak bahan dengan mengimbas kod QR yang ditampal di sekeliling gerabak MRT.

"Saya rasa keretapi merupakan cara terbaik untuk memberitahu penjaga tentang bantuan bagi kesihatan mental mereka sendiri. Kami ingin memberitahu orang ramai tentang penjaga-penjaga ini supaya mereka sedar mereka tidak berseorangan," kata CEO Caregivers Alliance Limited Tim Lee.
Sumber : CNA/IA/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan