Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pelajar St Andrew dikenakan tindakan disiplin setelah ancam untuk "cabut" nyawa guru

Anggaran Waktu Membaca:
Pelajar St Andrew dikenakan tindakan disiplin setelah ancam untuk "cabut" nyawa guru

Tangkapan skrin dari video yang tersebar di wadah sosial media, yang menunjukkan pertikaian antara pelajar Sekolah Menengah St Andrew dan seorang guru. (Gambar: Instagram/Robinhoot.sg)

SINGAPURA: Seorang pelajar Sekolah Menengah St Andrew dikenakan tindakan disiplin oleh sekolah tersebut berikutan ancaman keganasan yang dibuat terhadap gurunya semasa dalam satu pertikaian, yang dirakam dalam sebuah video.

Menjawab pertanyaan Mediacorp pada Rabu (24 Ogos), Sekolah Menengah St Andrew menyatakan bahawa ia memandang serius terhadap kelakuan tidak menghormati kakitangan sekolah dan pelajar berkenaan sudahpun dikenakan tindakan disiplin.

Rakaman video yang menunjukkan pertikaian antara pelajar Sekolah Menengah St Andrew dan seorang guru, yang kelihatan berlaku di sebuah bilik darjah, mendapat perhatian di ruang online pada Selasa (23 Ogos).

Dalam video berkenaan, seorang guru dilihat memarahi seorang pelajar, yang berterusan melawan kata-kata guru tersebut.

Bagaimanapun, tidak jelas sebab mengapa guru tersebut memarahi pelajar itu pada mulanya.

Pada satu ketika dalam pertikaian tersebut, pelajar itu dilihat menunding jari terhadap guru tersebut sambil berjalan ke arahnya dan guru tersebut kedengaran menjerit: "jangan sentuh saya".

Pelajar itu kemudiannya, membalas dengan memberitahu guru tersebut supaya "jaga mulut" sebelum mengancam untuk "mencabut nyawa (gurunya) sekarang juga".

Orang ketiga yang dilihat dalam rakaman video tersebut cuba untuk menenangkan kedua-dua pelajar dan guru tersebut dan meleraikan pertikaian itu.

"Kami juga sudah menghubungi ibu bapa pelajar itu dan akan bekerjasama dengan mereka untuk memberi kaunseling dan bimbingan kepadanya," tambah sekolah tersebut lagi.
Sumber : Today/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan