Skip to main content

Singapura

Pelajar SJI International meninggal dunia semasa lawatan sekolah ke luar negara

Anggaran Waktu Membaca:
Pelajar SJI International meninggal dunia semasa lawatan sekolah ke luar negara

Pemandangan di luar kampus SJI International. (Gambar: Google Street View)

Diterbitkan : 08 Nov 2024 11:43PM Dikemas Kini : 09 Nov 2024 06:43AM

SINGAPURA: Seorang pelajar sekolah antarabangsa St Joseph's Institution (SJI) International meninggal dunia ketika melakukan lawatan sekolah ke luar negara, menurut sekolah itu dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada lewat Jumaat (8 Nov).

Pihak Mediacorp difahamkan, lawatan sekolah itu dilakukan di Maldives dan berkaitan dengan projek penyelidikan jerung paus.

"Dengan rasa sedih yang mendalam, kami mengesahkan kematian salah seorang pelajar kami semasa melakukan lawatan sekolah ke luar negara baru-baru ini. Ucapan takziah kepada keluarganya dalam masa sukar ini," kata Dr Michael Johnston, ketua pegawai eksekutif sekolah itu.

"Sebagai menghormati privasi keluarga, harap faham bahawa kami tidak dapat berkongsi butiran lanjut pada masa ini," tambahnya.

Pihak Mediacorp difahamkan, lawatan sekolah itu dilakukan di Maldives dan berkaitan dengan projek penyelidikan jerung paus.

Menurut satu laporan daripada saluran berita Maldives, The Edition, remaja warga Singapura berusia 15 tahun itu meninggal dunia dalam satu nahas semasa beliau sedang melakukan kegiatan snorkeling.

Remaja itu dilaporkan dilanggar sebuah bot berhampiran pulau Dhigurah, yang terletak kira-kira 100 kilometer barat daya ibu kota Maldives, Male.

Menurut laman web SJI International, sekolah itu menawarkan program pendidikan luar – yang dipanggil "ekspedisi" - untuk sekolah rendah dan menengahnya.

Sumber : CNA
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita