Pelajar SG terus catat prestasi lebih baik dalam IB berbanding purata global
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Para pelajar Singapura terus mencatat prestasi lebih baik berbanding purata global bagi peperiksaan International Baccalaureate (IB).
Markah purata bagi program diploma IB itu adalah 29.2 mata.
Bagaimanapun sebahagian besar pelajar di sekolah-sekolah Singapura yang menawarkan program IB berjaya meraih markah jauh lebih tinggi, iaitu sekurang-kurangnya 38 mata.
Salah seorang lulusan IB ialah Luis Matthew Tan, 18 tahun, dari Sekolah Seni Singapura (SOTA).
Beliau melihat seni dalam bentuk geometri, sejak beliau mengikuti kelas teselasi atau 'tessellation' semasa di sekolah rendah.
"Saya sangat berminat dengan aplikasi geometri untuk matematik. Contohnya, seni teselasi, dan saya mendapat ilham daripada artis MC Escher yang benar-benar mendalami corak geometri dan jenis ilusi optik geometri, yang benar-benar mengukuhkan minat saya terhadap matematik menerusi seni visual."
Luis kini memutuskan untuk melanjutkan pengajian dalam bidang ekonomi di Amerika Syarikat.
"Kedua-dua bidang itu mungkin nampak berbeza, tetapi saya boleh katakan bahawa ia sebenarnya serupa kerana kedua-duanya memerlukan kreativiti, melihat ke luar atau pemikiran terbuka untuk melihat perspektif yang berbeza-beza.
"Ia juga memerlukan imaginasi untuk menghasilkan dasar-dasar berbeza dan berinteraksi dengan pihak berkepentingan yang lain."
Lulusan IB di Sekolah Sukan Singapura pula, Jolie Goh, dikenali sebagai juara wushu negara.
Namun selepas ditimpa pelbagai kecederaan sejak berusia 15 tahun, dia membuat keputusan untuk menimbangkan semula tumpuannya kepada bidang sukan.
"Saya fikir bahawa ya, kadangkala saya mengimbas kembali masa lalu dan berfikir bahawa ada banyak lagi yang boleh saya lakukan dalam sukan ini.
"Namun saya fikir ada beberapa lagi perkara yang boleh kita beri tumpuan dalam kehidupan.
"Lebih-lebih lagi kerana saya sudah mengalami banyak kecederaan dalam sukan ini, dan ya, saya fikir sudah tiba masanya untuk saya berundur dan memberi tumpuan kepada pelajaran saya," kongsi beliau.
Jolie, yang merupakan pencinta haiwan, bercadang melanjutkan pengajian di Melbourne untuk menjadi seorang doktor haiwan.

Sumber : CNA/AI/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.