Pelajar SG rancang serang 2 masjid tempatan dibebaskan daripada tahanan selepas tunjuk "kemajuan baik" semasa proses pemulihan
Anggaran Waktu Membaca:

Masjid Assyafaah, Masjid Yusof Ishak. (Gambar: Google Street View)
SINGAPURA: Seorang pelajar rakyat Singapura yang ditahan pada Disember 2020 kerana membuat "rancangan terperinci dan persediaan untuk melakukan serangan pengganas" terhadap umat Islam telah dibebaskan selepas menunjukkan "kemajuan yang baik" dalam proses pemulihannya, menurut Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) pada Rabu (24 Jan).
Remaja 19 tahun, yang berusia 16 tahun ketika dia ditahan, adalah rakyat Singapura yang pertama ditangani di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana terpengaruh dengan ideologi pelampau berhaluan kanan.
Dia merancang untuk menggunakan parang untuk menyerang orang Muslim di dua masjid yang terletak di Woodlands pada 15 Mac, iaitu sempena ulang tahun kedua serangan pengganas di Christchurch, New Zealand.

Selepas tiga tahun ditahan, ISD menyatakan remaja itu sudah dibebaskan dan dikenakan arahan penggantungan kerana telah "menunjukkan kemajuan yang baik dalam program pemulihannya" dan "dinilai sebagai tidak lagi menimbulkan ancaman keselamatan".
PROGRAM PEMULIHAN INTENSIF
Remaja tersebut menjalani program pemulihan intensif ketika dalam tahanan selama tiga tahun, dedah ISD.
“Diau bersikap terbuka kepada usaha ini dan sejak itu telah menolak idea ekstremis berhaluan kanan dan penggunaan keganasan.
"Dia tidak lagi menyimpan sebarang permusuhan terhadap orang Islam, dan telah menghayati betapa pentingnya keharmonian kaum dan agama di Singapura," tambah ISD.
Untuk menangani pemikiran ekstremisnya, termasuk kepercayaan sesat bahawa orang Kristian diserang oleh orang Islam, ISD turut mendedahkan bahawa ia bekerjasama dengan Majlis Gereja-Gereja Singapura untuk mengatur seorang paderi Kristian menasihati golongan muda.
Melalui sesi itu, dia diajar untuk mengamalkan "kebaikan tanpa kekerasan dan kesederhanaan, dan menghargai keharmonian antara agama" serta mengamalkan sikap bertolak ansur dan kesederhanaan apabila mengamalkan kepercayaannya di Singapura.
Dia juga kerap didampingi oleh ahli psikologi ISD untuk menangani "sikap permisifnya terhadap keganasan" serta faktor sosiopsikologi yang menyumbang kepada radikalisasinya.
Ini termasuk isu harga diri dan keinginan yang kuat untuk pengesahan sosial, yang membuatkan dia mahu mencontohi Tarrant, yang diagung-agungkan sebagai "wira".
Remaja itu juga disediakan dengan tiga mentor - dua sukarelawan daripada Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG) dan bekas guru sekolah menengahnya - yang membantunya meningkatkan harga diri dan mengatasi cabaran yang dihadapinya apabila berhubung dengan orang lain.
Keluarganya juga memainkan peranan penting dalam proses pemulihannya, kerana lawatan mingguan dan kata-kata semangat mereka mendorongnya untuk terus berada di landasan yang betul, kata ISD.
Seorang pelajar Menengah 4 semasa dia ditahan, ISD juga telah membuat persiapan untuk dia menyambung pelajaran dan menduduki Peperiksaan GCE N (Akademik) dan GCE O.
Menjelang peperiksaannya, dia diajar setiap minggu oleh sekurang-kurangnya lima guru, termasuk guru terlatih dari Kementerian Pendidikan (MOE) yang merupakan seorang sukarelawan RRG.
"Dia mendapat keputusan yang baik bagi peperiksaannya dan berhasrat untuk melanjutkan pelajarannya ke sebuah Institut Pengajian Tinggi selepas dia dibebaskan."
"ISD akan terus bekerjasama dengan keluarga, sekolahnya dan pihak berkepentingan pemulihan yang lain untuk memudahkannnya berintegrasi dengan masyarakat," tambah ISD.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.