Pelajar SG pembaca terbaik di dunia, tetapi kurang gemar membaca berbanding tahun-tahun sebelumnya
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Facebook/Chan Chun Sing)
SINGAPURA: Para pelajar di Singapura adalah pembaca terbaik di dunia, menurut satu kajian antarabangsa.
Mereka menunjukkan prestasi yang sangat baik dalam kemahiran membaca asas dan peringkat tinggi dan boleh mengemudi persekitaran digital dengan yakin, menurut Kementerian Pendidikan (MOE) pada Selasa (16 Mei) selepas keputusan terkini Kemajuan dalam Kajian Celik Membaca Antarabangsa (PIRLS) dikeluarkan.
Mereka juga boleh membuat pertimbangan mudah tentang kredibiliti maklumat dan menilai perspektif, sudut pandangan dan berat sebelah dalam teks, jelas MOE.
Dijalankan setiap lima tahun, kajian itu mengukur sejauh mana para pelajar boleh membaca.
Kajian yang dilakukan pada 2021 itu dijalankan ke atas sampel wakil seramai 6,719 murid Darjah 4 di seluruh 183 sekolah rendah di Singapura dari Oktober hingga November 2020.
Senarai terbaru menyaksikan pelajar Singapura menduduki tempat pertama, naik satu tangga dari tempat kedua pada 2016.
Ireland mendapat tempat kedua, dengan Hong Kong di tangga ketiga dan Rusia di kedudukan keempat.
Lebih sepertiga atau 35 peratus daripada para pelajar meraih penanda aras antarabangsa tertinggi "Lanjutan" dalam kajian pada 2021, berbanding purata antarabangsa iaitu tujuh peratus.
Keputusan lebih baik itu, yang diraih meskipun terdapat gangguan pada kehidupan bersekolah semasa pandemik COVID-19, memberi isyarat kepada usaha yang dibuat pihak sekolah dan guru bagi memastikan para pelajar boleh terus belajar sepanjang pandemik, menurut MOE dalam kenyataan medianya.
"Meskipun timbul keprihatinan bahawa pandemik boleh memberi kesan terhadap pembelajaran para murid Darjah 4 dari latar belakang status sosioekonomi lebih rendah (SES), lebih daripada rakan sebaya mereka, PIRL terkini mendapati jurang prestasi pembacaan antara murid dari keluarga SES lebih rendah dengan keluarga SES lebih tinggi tidak semakin melebar antara 2016 hingga 2021," menurut MOE.
Para pelajar Singapura juga yakin pada keupayaan membaca mereka - 84 peratus melaporkan bahawa mereka yakin - berbanding purata antarabangsa iaitu 78 peratus, berdasarkan kajian.
Mereka juga menunjukkan tahap pendampingan lebih tinggi semasa waktu membaca di sekolah dalam kajian 2021 berbanding 2016.
Penilaian 2021 terdiri daripada dua bahagian. Para pelajar dinilai berdasarkan daya celik membaca mereka menggunakan teks bacaan digital dan tugasan yang disepadukan dengan elemen interaktif seperti animasi dan pautan untuk mengukur sejauh mana mereka dapat membaca, mentafsir dan mengkritik maklumat online.
Dalam bahagian kedua, para pelajar membuat soal selidik yang direka sedemikian rupa bagi mengetahui lebih lanjut mengenai konteks pembelajaran mereka, termasuk tingkah laku mereka terhadap membaca.
Sungguhpun demikian, semakin kurang pelajar yang gemar membaca sejak beberapa tahun lalu, menurut kajian itu.
Bahagian pelajar yang dilaporkan "sangat gemar membaca" menjunam 51 peratus, berbanding 55 peratus pada 2016 dan 60 peratus pada 2011.
Bahagian pelajar yang mana ibu bapa mereka melaporkan "sangat gemar membaca" juga jatuh 48 peratus pada 2021. Ia berada pada paras 53 peratus pada 2016 dan 60 peratus pada 2011.

Sumber : CNA/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.