Pelajar SG mesti terus berfikiran kritis di tengah pacuan AI: Desmond Lee
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Dengan kecerdasan buatan (AI) semakin menyerap ke dalam bilik darjah dan tempat kerja, pelajar mesti kekal berpegang pada asas seperti pemikiran kritis, kata Menteri Pendidikan Desmond Lee pada Selasa (3 Mac).
Beliau khususnya menasihati supaya tidak berlaku “cognitive offloading” - iaitu membiarkan mesin yang berfikir - walaupun pelajar dan guru digalakkan menggunakan alat pembelajaran AI.
“AI akan membawa banyak peluang tetapi juga gangguan, jadi matlamat kita adalah memastikan generasi akan datang bersedia untuk dunia seumpama ini,” katanya dalam program Singapore Tonight CNA.
Sebelum itu pada Selasa, Kementerian Pendidikan (MOE) membuat beberapa pengumuman di parlimen sebagai sebahagian daripada rancangan peruntukan yang lebih luas bagi tahun ini.
Antaranya termasuk rancangan untuk pelajar dari peringkat rendah hingga ke pengajian tinggi mengikuti modul berkaitan AI bagi menyesuaikan diri dengan teknologi dan membangunkan kemahiran yang relevan.
PEMBELAJARAN AI SESUAI DENGAN USIA
MOE akan menyesuaikan pendedahan AI mengikut kumpulan usia, kata Mr Lee.
Bagi pelajar Darjah 1 hingga 3, beliau berkata akan ada “penggunaan teknologi yang sangat ringan dan diawasi”, termasuk AI.
Ini kerana kanak-kanak pada usia itu belajar terbaik melalui sentuhan fizikal, seperti aktiviti luar dan lawatan pembelajaran.
Mulai Darjah 4, pelajar akan mula belajar cara menggunakan AI dengan pengawasan rapat untuk memahami kegunaannya.
Alat AI juga akan disepadukan ke dalam platform seperti Ruang Pembelajaran Pelajar (SLS) bagi menyokong pembelajaran secara peribadi.
Di sekolah menengah, di mana pelajar mempunyai peranti pembelajaran peribadi, mereka dijangka menggunakan AI dengan lebih berdikari sambil berwaspada terhadap risiko seperti 'cognitive offloading'.
Di Institusi Pengajian Tinggi (IHL), alat AI akan diterapkan dalam konteks subjek tertentu, dengan adanya hubungan rapat dengan industri bagi memastikan ia kekal relevan.
BAGAIMANA PELAJAR BELAJAR AI
Mr Lee menerangkan apa yang beliau sebut sebagai “empat cara belajar” untuk membimbing pendekatan Singapura terhadap AI dalam pendidikan.
Pertama, pelajar mesti memahami apa itu AI, termasuk risiko dan keupayaannya. Kemudian mereka perlu belajar cara menggunakan alat AI, terutamanya sedang industri semakin mendakapi proses yang dipacu AI.
Ketiga, pelajar dan guru harus “belajar dengan AI”, menggunakan AI untuk menyokong pembelajaran tetapi tanpa terlalu bergantung kepadanya, kata Mr Lee.
“Kami mahu pelajar dan guru menggunakan alat AI untuk menyokong pembelajaran dan mengelak apa yang kami sebut 'cognitive offloading'. Ini bermakna mereka membiarkan AI berfikir untuk mereka, dan walaupun mereka meraih hasilnya, mereka tidak benar-benar belajar,” katanya.
Aspek keempat dan paling penting, kata beliau, ialah belajar melangkaui AI.
“Anak-anak kita tidak seharusnya hanya belajar menggunakan AI, tetapi belajar menjadi penguasa AI, dan memastikan kita menggunakan pertimbangan moral apabila alat ini mencipta kemungkinan tanpa batas,” kata Mr Lee.
Menjawab kebimbangan bahawa AI boleh menjadikan pengetahuan asas kurang penting, Mr Lee menolak pandangan itu.
“Sebaliknya, saya fikir dengan potensi AI yang begitu besar, kita lebih perlu meneguhkan anak-anak dan pelajar dengan asas yang kukuh,” tegasnya.
Menteri itu juga menekankan pentingnya mengajar pelajar “untuk menggabungkan maklumat, mempunyai pemikiran inventif, adaptif dan kritis, serta mampu menggunakan hati nurani moral dan mengasah daya intelek”.
Pada masa hadapan, Mr Lee menggambarkan Generasi Alpha - lahir antara 2010 dan 2024 - sebagai “generasi AI”, berbeza dengan Generasi Z yang beliau sebut sebagai “generasi digital”.
Beliau menambah bahawa sekolah dan ibu bapa mesti bekerjasama untuk menyediakan panduan sambil memberi peluang kepada anak-anak meneroka potensi AI.

Sumber : CNA/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.