Skip to main content

Singapura

Pelajar SG harus dilengkapi kemahiran untuk berhubung, bekerjasama dengan pelbagai latar belakang dan budaya

Anggaran Waktu Membaca:
 Pelajar SG harus dilengkapi kemahiran untuk berhubung, bekerjasama dengan pelbagai latar belakang dan budaya

(Gambar: Facebook/Chan Chun Sing)

SINGAPURA: Sekolah-sekolah mesti melakukan lebih banyak lagi bagi memastikan para pelajar dilengkapi dengan kemahiran penting untuk berhubung serta bekerjasama dengan orang daripada pelbagai latar belakang dan budaya.

Menteri Pendidikan Chan Chun Sing berkata demikian kepada hampir 1,000 pelajar dari lebih 60 sekolah dalam satu ceramah di Raffles Institution.

Beliau menambah kemahiran itu akan membantu para pelajar meraih peluang baru dan menawarkan nilai baru kepada dunia yang semakin berpecah belah.

Encik Chan juga berkongsi peri pentingnya bagi para pelajar menggalas jawatan kepimpinan dalam bidang masing-masing sejak di bangku sekolah lagi.

Sekolah juga, tambah beliau, memainkan peranan dalam memumpuk para pemimpin yang mempunyai visi untuk menabur bakti kepada Singapura.Ini sedang negara mengorak langkah ke arah SG100.

"Dalam dunia yang mempunyai semakin banyak pandangan berbeza-beza, rakyat kita mesti membangunkan perspektif dan set kemahiran untuk berhubungan dengan budaya dan latar belakang lain demi memupuk persefahaman meskipun berbeza dalam landskap yang semakin berpecah belah," kata Encik Chan.

"Jadi kita boleh menjadi jambatan untuk yang lain mengenali rantau ini dan dunia. Sekali gus membuka pintu kepada rangkaian dan peluang-peluang bagi semua rakyat Singapura baik di Singapura mahupun di luar Singapura," tambahnya.
Sumber : CNA/RU/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita