Pelajar SG 25 tahun mati ditikam di Brussels; 2 suspek dikenal pasti
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Google Maps)
SINGAPURA: Seorang pelajar warga Singapura berusia 25 tahun meninggal dunia di Brussels selepas dia ditikam pada awal pagi Khamis (7 Nov).
Polis tempatan telah dikerahkan ke tempat kejadian pada pukul 2.30 pagi waktu tempatan di mana para pegawai polis menemui lelaki tersebut dengan kesan tikaman pada bahagian perut.
Polis memberikan pertolongan cemas sehingga pasukan khidmat kecemasan tiba di tempat kejadian. Mangsa kemudian dibawa ke hospital di mana dia meninggal dunia akibat kecederaannya, menurut Pejabat Pendakwa Raya Brussels dalam satu kenyataan.
Siasatan awal mendapati bahawa dua orang remaja telah mendekati warga Singapura itu, yang belajar di Belgium.
"Perbualan" kemudian membawa kepada tikaman maut, menurut pihak berkuasa.
Menurut laporan media tempatan, mangsa telah meluangkan masa sebelah petang bersama dua pelajar lain di Sint-Pietersstraat, bahagian tengah Brussels, apabila mereka diganggu oleh dua orang.
Menurut platform berita Bruzz, para suspek mendekati pelajar Singapura itu sekali lagi ketika dia bersendirian, dengan salah seorang daripada mereka mengeluarkan pisau lalu menikamnya.
Pejabat Pendakwa Raya Brussels menyatakan bahawa pada peringkat siasatan ini, keadaan sebenar fakta "mesti dijelaskan".
"Demi kepentingan siasatan ini, tiada ulasan lanjut akan dibuat."
Mediacorp telah menghubungi Kementerian Ehwal Luar Singapura (MFA) untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.