Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pelajar Sekolah Tinggi NUS berjaya hasilkan satelit nano; bakal ke angkasa lepas Mac 2025

Anggaran Waktu Membaca:
Pelajar Sekolah Tinggi NUS berjaya hasilkan satelit nano; bakal ke angkasa lepas Mac 2025

(Gambar: Office for Space Technology & Industry, Singapore (OSTIn)/Facebook)

SINGAPURA: Buat julung-julung kalinya, beberapa pelajar sekolah menengah di sini berjaya menghasilkan sebuah satelit nano.

Satelit nano itu akan dilancarkan ke angkasa lepas pada Mac 2025.

Sekumpulan pelajar Sekolah Tinggi Matematik dan Sains NUS itu membina satelit nano yang beratnya kurang daripada 900 gram.

Guru Sekolah Tinggi Matematik dan Sains NUS, Andre Jusuf berkata: "Kami ingin memberi inspirasi kepada pelajar kami untuk berminat dalam bidang kejuruteraan serta teknologi berkaitan satelit, dan juga membentuk masa depan pendidikan dalam matematik dan sains."

Sekolah itu juga berharap dapat terus memupuk generasi karyawan aeroangkasa negara akan datang.
Sumber : CNA/NY/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan