Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pelajar Sekolah Rendah Pasir Ris, Sekolah Rendah Tampines North diuji positif COVID-19 dalam dua kes berasingan

Seorang pelajar dari Sekolah Rendah Pasir Ris dan seorang lagi pelajar dari Sekolah Rendah Tampines North diuji positif COVID-19. Ini menurut surat yang diedarkan kepada ibu bapa pelajar di kedua-dua sekolah oleh pengetua sekolah masing-masing pada Sabtu (4 Apr). 

Anggaran Waktu Membaca:
Pelajar Sekolah Rendah Pasir Ris, Sekolah Rendah Tampines North diuji positif COVID-19 dalam dua kes berasingan

(Gambar: Yong Jun Yuan/TODAY)

Diterbitkan : 06 Apr 2020 07:18PM Dikemas Kini : 06 Apr 2020 07:20PM

SINGAPURA: Seorang pelajar dari Sekolah Rendah Pasir Ris dan seorang lagi pelajar dari Sekolah Rendah Tampines North diuji positif COVID-19. Ini menurut surat yang diedarkan kepada ibu bapa pelajar di kedua-dua sekolah oleh pengetua sekolah masing-masing pada Sabtu (4 Apr).

Dalam surat kepada ibu bapa pelajar Sekolah Rendah Pasir Ris seperti yang dilihat oleh Mediacorp, pengetua Tan King Ming berkata seorang murid Darjah 2 dijangkiti virus korona itu daripada seorang anggota keluarganya di luar sekolah. Murid itu kali terakhir pergi ke sekolah pada 27 Mac dan keadaannya sihat ketika itu, tambah beliau.

Murid berkenaan tidak hadir ke sekolah pada 30 Mac dan sedari itu, tidak datang lagi pergi sekolah. Dia diuji positif COVID-19 pada 2 April.

Kementerian Kesihatan (MOH) dan pihak sekolah sudahpun membuat pengesanan ke atas semua pelajar serta kakitangan yang mempunyai kontak terakhir dengan pelajar itu pada 27 Mac. Mereka akan dikuarantin atau diletakkan di bawah Cuti Ketidakhadiran (LOA), kata Encik Tan dalam surut tersebut.

"Oleh demikian, tiada pelajar atau anggota kakitangan yang mempunyai kontak dengan pelajar terjejas itu akan berada di sekolah pada Isnin, 6 April," tulisnya.

Secara berasingan, seorang murid dari Sekolah Rendah Tampines North juga diuji positif COVID-19.

Dalam surat kepada ibu bapa bertarikh 4 April, pengetua sekolah Cik Ratna Elangovan berkata murid tersebut kali terakhir dilihat di sekolah pada 27 Mac dan berada dalam keadaan sihat. Murid itu adalah "kontak rapat dengan satu kes disahkan pada 30 Mac" dan sudahpun mengambil ujian COVID-19 sebagai langkah berjaga-jaga, tulis beliau.

Surat itu bagaimanapun tidak menyatakan kes yang disahkan COVID-19.

"Memandangkan pelajar itu sihat dan tidak hadir ke sekolah selama tujuh hari sebelum disahkan (positif), tiada risiko kepada mana-mana pelajar atau kakitangan di sekolah kami," tulis Cik Elangovan sambil menambah pihaknya tidk perlu mengeluarkan Cuti Ketidakhadiran kepada mana-mana pelajar mahupun kakitangan.

Kedua-dua sekolah tiu menggalak pelajarnya yang berasa sihat untuk terus datang ke sekolah pada Isnin dan Selasa bagi mendapatkan arahan dan bahan-bahan sebelum pembelajaran di rumah bermula sepenuhnya pada Rabu (8 Apr).

Semua sekolah dan institut pengajian tinggi akan ditutup dari 8 April hingga 4 Mei sebagai sebahagian daripada inisiatif memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 di Singapura, yang diumumkan Perdana Menteri Lee Hsien Loong pada Jumaat lalu (3 Apr), bagi membendung penularan COVID-19.  


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan