Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pelajar sekolah pendidikan khas dibantu sesuaikan diri dengan suntikan COVID-19

Langkah tambahan dan persiapan sedang dijalankan untuk membantu pelajar sekolah pendidikan khas (SPED) menyesuaikan diri dengan proses vaksinasi COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 17 Jun 2021 10:25PM Dikemas Kini : 17 Jun 2021 11:42PM

SINGAPURA: Langkah tambahan dan persiapan sedang dijalankan untuk membantu pelajar sekolah pendidikan khas (SPED) menyesuaikan diri dengan proses vaksinasi COVID-19.

Program secara sukarela itu bermula hari ini (17 Jun) dan dijangka tamat menjelang Ogos.

Sejauh ini, 86 peratus daripada 3,600 pelajar yang dipelawa atau 3,100 pelajar sudah membuat pendaftaran.

Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB) menyatakan sebelum program vaksinasi itu dilaksanakan, pihaknya telah berganding bahu dengan Kementerian Pendidikan (MOE) dan pihak sekolah untuk memahami keperluan pelajar yang berbeza-beza.

Para pelajar juga dipersiapkan tentang apa yang boleh mereka jangkakan, dengan ibu bapa atau penjaga mereka turut digalak menemani mereka ketika mendapatkan suntikan.

Para doktor dan jururawat yang berpengalaman mengendalikan kanak-kanak berkeperluan khas juga berada di lokasi untuk mendampingi mereka yang masih risau.

Langkah-langkah serupa juga akan disediakan apabila mereka kembali untuk suntikan dos kedua.

Sumber : CNA/AY/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan