Pelajar sekolah menengah ini terbang pesawat secara solo 8 hari selepas sambut hari jadi ke-15
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar:SG Aviators Academy/Vijay Anand)
SINGAPURA: Ketika jet pejuang F-16 beraksi di udara semasa pertunjukan Pendidikan Kebangsaan pada Julai lalu, Nikhil Anand pandang ke langit dengan penuh rasa kagum.
Nikhil, sebenarnya takut berada di tempat tinggi dan sebelum ini tidak pernah menyuarakan minatnya untuk terbang pesawat.
Namun, minatnya berputik selepas pertunjukan itu dan pelajar Menengah 3 dari Sekolah Menengah Greenridge itu secara kebetulan ternampak sebuah iklan di Instagram mengenai kursus memandu pesawat oleh sekolah penerbangan privet, SG Aviators Academy.
Ia merupakan kursus Penilaian Aeronautik Solo pertama pusat tersebut dan Nakhil boleh mula mengikuti bahagian teori terlebih dahulu sebelum berumur 15 tahun, iaitu had minimum untuk pandu pesawat secara solo di Australia.
"Saya tertarik kerana saya boleh belajar bagaimana untuk terbang pesawat dan mengawal sebuah pesawat sendiri. Secara kebetulan, bapa saya juga menunjukkan saya kursus yang sama. Jadi saya meneruskan hasrat saya," katanya kepada Mediacorp.
Dua bulan kemudian pada awal November, Nakhil berjaya menerbangkan pesawat Tecnam P2002 secara solo, lapan hari selepas menyambut hari jadinya yang ke-15.
LAKUKAN UNTUK DIRI SENDIRI
Nakhil tidak begitu tahu tentang pesawat sekadar melalui kunjungannya ke Lapangan Terbang Changi bersama keluarga serta mengikuti halaman Singapore Youth Flying Club di Instagram dan melalui filem seperti Top Gun.
"Saya sudah bersedia untuk belajar bagaimana untuk menerbangkan pesawat namun saya juga gementar. Berdasarkan kajian saya sendiri, saya rasa ia lebih sukar daripada apa yang saya jangkakan," katanya.
Nakhil melalui latihan di darat selama lebih 40 jam, 10 jam latihan simulator dan satu sesi penerbangan selama sejam dalam pesawat dengan seorang jurulatih di Lapangan Terbang Seletar sebelum boleh melakukan penerbangan solo di Kelab Aero Bunbury di Perth, Australia.
Di Bunbury, peserta kemudian berlatih untuk terbang dengan seorang jurulatih di sisi mereka sebelum mereka bersedia untuk membuat percubaan penerbangan solo pertama mereka.
Peringkat pertama kos mengikuti kursus di Singapura menelan belanja S$3,950 manakala tahap kedua di Australia berharga S$3,500.
Disebabkan dia masih bersekolah, Nikhil mengikut kelas teori dan simulator penerbangan dua kali seminggu pada waktu malam.
SIAP TERBANG SOLO
Buat Nikhil, duduk di kokpit "sangat berbeza" daripada menggunakan simulator penerbangan di dalam kelas.
"Dalam kokpit, saya agak gementar. Apa yang anda belajar dalam teori berbanding apabila anda berada di sana adalah perubahan yang besar. Apabila anda terbang pesawat itu, ia sangat berbeza berbanding apa yang anda jangkakan," katanya.
"Kadang-kala apabila angin kencang, pesawat anda bergegar dan turun naik. Ia mungkin lebih sukar untuk dikawal kerana keadaan angin kencang menyukarkan penerbangan, jadi pesawat akan mengambil sedikit masa untuk bergerak."
Menurut Akademi SG Aviators Nikhil adalah juruterbang termuda yang pernah terbang solo di bawah bimbingan sekolah itu.
Sekolah itu juga percaya Nakhil ialah juruterbang paling muda di Singapura yang mencapai kejayaan itu.

Sumber : CNA/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.