Pelajar S'pura bentuk separuh daripada mereka yang dapat markah sempurna IB
Para pelajar Singapura yang menduduki peperiksaan International Baccalaureate (IB) pada November lalu, mendapat keputusan mereka hari ini (3 Jan). Kadar kelulusan kali ini mencecah hampir 97 peratus.

Antara pelajar yang mendapat keputusan mereka. (Gambar: Grace Fu/Facebook)
SINGAPURA: Para pelajar Singapura yang menduduki peperiksaan International Baccalaureate (IB) pada November lalu, mendapat keputusan mereka hari ini (3 Jan). Kadar kelulusan kali ini mencecah hampir 97 peratus.
Prestasi pelajar-pelajar Singapura juga yang terbaik di rantau Asia-Pasifik.
35 pelajar Singapura adalah dalam kalangan 69 orang di merata dunia yang meraih markah sempurna. Bahkan, semua pelajar dua sekolah tempatan, lulus.
ANAK MELAYU ANTARA PELAJAR CEMERLANG
Salah seorang pelajar yang menduduki peperiksaan IB tahun ini ialah Sarah Noorhimli.
Beliau antara 143 calon peperiksaan IB di SOTA, yang berjaya mencatat kadar lulus 100 peratus, dengan markah purata 38.5 daripada 45 mata.

Membesar dengan menonton persembahan teater serta muzikal, Sarah gembira mendapat sokongan dan galakan keluarga untuk menyertai Sekolah Kesenian Singapura (SOTA) selepas tamat sekolah rendah.
"Saya rasa pengalaman Sarah di SOTA lebih daripada yang kita inginkan. Dari segi melanjutkan pelajarannya di SOTA, dia bukan sahaja dapat menguasai bidang yang diminati seperti Kesenian Visual tetapi diberi pendedahan timba kemahiran kepimpinan," kata ayah Sarah, Encik Noorhimli Ali.
Sara menceburi bidang Seni Pandang yang membuat dirinya berfikiran lebih kritis. Bimbingan guru juga membuatnya lebih yakin diri untuk mengharungi cabaran.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.