Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pelajar Menengah 4 akan ambil peperiksaan Bahasa Inggeris, bahasa ibunda pada September mulai 2027

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 01 Mar 2024 09:35PM Dikemas Kini : 02 Mar 2024 12:07AM


SINGAPURA: Bermula 2027, pelajar Menengah 4 akan menduduki peperiksaan peringkat akhir bahasa Inggeris dan Bahasa Ibunda mereka pada bulan September, dan mata pelajaran lain pada bulan Oktober hingga November.

Ini bermakna mereka akan hanya menduduki peperiksaan Bahasa Ibunda sekali sahaja berbanding sehingga dua kali sekarang ini bagi pelajar peringkat O, kata Kementerian Pendidikan (MOE) pada Jumaat (1 Mac).

Pelajar Peringkat-N kini mengambil peperiksaan mereka, termasuk Bahasa Ibunda, pada bulan September hingga Oktober. Pelajar peringkat O-Level pula mengambil peperiksaan Bahasa Ibunda pada pertengahan tahun dan boleh memilih untuk mengambilnya semula pada bulan Oktober hingga November.

Mengumumkan perubahan itu di Parlimen pada Jumaat, Menteri Pendidikan Chan Chun Sing berkata bahawa dengan pelaksanaan pelaksanaan Skim Pengumpulan Berdasarkan Subjek Secara Penuh (SBB), MOE dapat mengatasi cabaran menyusun semula kelas dan merombak jadual waktu agar sepadan dengan sumber yang ada.

"Hasil positif dalam pembelajaran dan percampuran sosial memberi kami keyakinan bahawa ini adalah perkara yang betul untuk dilakukan, walaupun menghadapi cabaran."

Dengan pelaksanaan SBB pada tahun ini, pelajar Menengah 4 akan mengambil Sijil Pendidikan Menengah (SEC) Singapura-Cambridge baharu mulai 2027. Ia menggantikan sijil Peringkat N dan O sekarang ini.

Di bawah SBB, pelajar kini mengambil subjek pada tahap yang lebih tinggi atau lebih rendah berdasarkan kekuatan mereka. Tahap subjek yang berbeza ini dilabelkan G3, G2 dan G1, berdasarkan standard Ekspres, Normal (Akademik) dan Normal (Teknikal) sebelumnya.

Semua pelajar Menengah 4, tanpa mengira tahap subjek, akan mempunyai dua tempoh peperiksaan bertulis untuk SEC – Bahasa Inggeris dan Bahasa Ibunda pada bulan September, dan mata pelajaran lain bermula pada bulan Oktober.

Peperiksaan bukan bertulis seperti lisan, kefahaman mendengar dan praktikal akan terus diadakan sebelum peperiksaan bertulis bermula.

e


Pelajar juga akan menerima keputusan mereka pada masa yang sama, pada Januari tahun berikutnya. Sekarang ini, pelajar peringkat N mendapat keputusan mereka pada pertengahan Disember manakala pelajar peringkat O pula pada pertengahan Januari tahun berikutnya.

Dengan perubahan ini, pengambilan pelajar bagi Institut Pendidikan Teknikal (ITE) akan hanya dilakukan sekali sahaja pada April mulai 2027, sejajar dengan pengambilan untuk politeknik. ITE kini mempunyai dua tempoh pengambilan pelajar pada bulan Januari dan April.

Menurut MOE, sekolah akan mempunyai beberapa tahun untuk membuat penyesuaian dan persiapan bagi peralihan masa peperiksaan ini.

Mereka juga akan dibimbing tentang cara menyesuaikan kurikulum bahasa Ibunda untuk memanfaatkan masa tambahan.

DUDUK PEPERIKSAAN DUA KALI TIDAK LAGI DIPERLUKAN SEBAGAI "JARINGAN KESELAMATAN": MOE

Peperiksaan tengah tahun untuk bahasa Ibunda diperkenalkan pada 1980 apabila terdapat kebimbangan bahawa pelajar mungkin tidak memenuhi syarat peperiksaan untuk pendidikan posmenengah, kata Kementerian Pendidikan.

Pada masa itu, kurang daripada 40 peratus pelajar lulus kedua-dua bahasa pertama dan kedua mereka, kata Encik Chan pada Jumaat.

Kini, kira-kira 97 peratus calon peringkat O memenuhi keperluan Bahasa ibunda.

"Landskap sekarang sangat berbeza sehingga kami tidak perlu menawarkan ini sebagai jaring keselamatan untuk pelajar kami. Hampir kesemua mereka tidak akan menghadapi masalah untuk memenuhi keperluan Bahasa Ibunda ,” kata MOE.

Sejak bertahun-tahun, jumlah pelajar yang memilih untuk mengambil peperiksaan buat kali kedua telah merosot.

Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, kira-kira satu pertiga daripada kohort pelajar mengambil peperiksaan kedua, dan kurang daripada 2 peratus daripada pelajar ini mendapat keputusan yang berbeza.

Dengan peperiksaan Bahasa Ibunda dipindahkan ke akhir tahun, sekolah tidak perlu tergesa-gesa menghabiskan sukatan pelajaran sebelum pertengahan tahun, kataMOE.

Memandangkan bahasa Inggeris dan Bahasa Ibunda bukanlah mata pelajaran berasaskan kandungan, pelajar tidak memerlukan tempoh semakan intensif sebelum peperiksaan.

"Saya faham bahawa sesetengah pihak mungkin bimbang bahawa mereka akan mempunyai peluang lebih rendah untuk membaiki gred MTL (Bahasa Ibunda) mereka," kata Encik Chan.

"Tetapi kita perlu mencapai keseimbangan yang teliti antara berusaha untuk kecemerlangan, mengejar markah terakhir dan membenarkan pelajar kita belajar pada kadar yang lebih baik."

KRITERIA KEMASUKAN POLITEKNIK

Dengan pelaksaan SBB, perubahan juga akan dibuat pada kriteria kemasukan tahun 1 politeknik.

Sekarang ini, pelajar perlu menawarkan sekurang-kurangnya lima subjek peringkat O atau subjek G3, dan mencapai skor agregat 26 mata atau lebih baik. Skor ini berdasarkan bahasa Inggeris, dua mata pelajaran yang berkaitan dan dua mata pelajaran terbaik.

Mulai 2028, salah satu mata pelajaran terbaik mereka boleh dipenuhi di peringkat G2 atau G3, manakala mata pelajaran yang selebihnya mesti diambil di peringkat G3.

Dengan perubahan ini, skor agregat juga akan diselaraskan daripada 26 mata kepada 22 mata.

Sumber : CNA/SU/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan