Pelajar Menengah 3 dipelawa ke pertunjukan NE NDP selepas terlepas peluang akibat sekatan COVID-19
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Semua pelajar Menengah 3 di sekolah Kementerian Pendidikan (MOE) akan berpeluang menonton pertunjukan Pendidikan Nasional (NE) Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) tahun ini.
Ini memandangkan mereka tidak dapat berbuat demikian apabila mereka di Darjah 5 disebabkan sekatan COVID-19.
Mereka yang akan menuntut di Menengah 3 tahun hadapan juga akan dipelawa ke Pertunjukan NE NDP pada 2025, menurut Kementerian Pertahanan (MINDEF) dalam kenyataan medianya pada Isnin (18 Mac).
Murid Darjah 5 biasanya diberi peluang menghadiri Pertunjukan NE, yang juga pratonton kepada NDP.
Bagaimanapun, kedua-dua kohort pelajar itu tidak dapat menonton pertunjukan NE pada 2020 dan 2021 disebabkan pembatalannya akibat pandemik.
Pelawaan bagi Pelajar Menengah 3 akan dikirimkan melalui portal 'Parents Gateway' Kementerian Pendidikan (MOE) antara 20 hingga 21 Mac.
Para pelajar akan dipelawa untuk menghadiri salah satu pertunjukan NE pada 6 Jul, 13 Jul atau 20 Jul.
Sebaik sahaja mereka terima pelawaan itu, mereka mesti menyatakan minat mereka menerusi portal Parents Gateway sebelum 27 Mac untuk memohon bagi tiket.
Ibu bapa kepada pelajar yang bakal menuntut di Menengah 3 pada tahun hadapan akan menerima surat mereka pada 2025.
NDP pada 9 Ogos 2020 dibahagikan kepada pertunjukan sebelah pagi di Padang dan pertunjukan sebelah petang di Star Vista, dengan kurang 300 peserta bagi kedua-dua segmen.
Pada 2021, NDP ditangguhkan kepada 21 Ogos selepas langkah-langkah penguatkuasaan COVID-19 dilonggarkan menyusuli berakhirnya Fasa 2 (Tahap Waspada Dipertingkat).
Seramai 1,200 peserta ketika itu perlu menjalani ujian COVID-19 sebelum memasuki lokasi latihan dan dibahagikan kepada kumpulan lebih kecil semasa sesi latihan dan persembahan.
Tiket itu tidak dibuka kepada orang ramai disebabkan kebimbangan keselamatan akibat pandemik.

Sumber : CNA/IM/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.