Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pelajar Madrasah, SAP bincang isu perpaduan masyarakat pelbagai budaya S'pura

Sekumpulan pelajar Singapura daripada pelbagai bangsa dan agama berkumpul pada Sabtu (11 Sep) untuk membincangkan tentang kerencaman masyarakat berbilang budaya di Singapura serta evolusi, manfaat dan cabaran yang dihadapi akibat kepelbagaian ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Pelajar Madrasah, SAP bincang isu perpaduan masyarakat pelbagai budaya S'pura

(Gambar ihsan: Humanity Matters)

Diterbitkan : 11 Sep 2021 07:18PM Dikemas Kini : 11 Sep 2021 07:20PM

SINGAPURA: Sekumpulan pelajar Singapura daripada pelbagai bangsa dan agama berkumpul pada Sabtu (11 Sep) untuk membincangkan tentang kerencaman masyarakat berbilang budaya di Singapura serta evolusi, manfaat dan cabaran yang dihadapi akibat kepelbagaian ini.

Demikian menurut satu kenyataan pertubuhan kemanusiaan silang agama tempatan, Humanity Matters.

Seramai 17 pelajar madrasah dan sekolah Program Bantuan Khas (SAP) itu menyertai program Faithful Footprints anjuran Humanity Matters.

Acara selama enam jam itu merangkumi jejak warisan yang membawa peserta ke lapan tempat ibadat keagamaan dan lawatan ke Galeri Harmony in Diversity.

Di bawah program itu, peserta dapat mempelajari mengenai sumbangan pelbagai masyarakat agama setempat kepada pembangunan sosio-ekonomi Singapura serta evolusi hubungan pelbagai budaya di sini.

Mereka disertai Setiausaha Parlimen Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Budaya, Masyarakat dan Belia Eric Chua dalam satu forum selama sejam setengah.

Menerusi forum itu para peserta berkongsi pengalaman, kebimbangan dan aspirasi berkaitan pemahaman dan keharmonian antara kaum dan antara agama di Singapura.

Sempena memperingati ulang tahun ke-20 serangan 9/11 di Amerika Syarikat, para peserta turut bertafakur mengenang tragedi yang menggugat landskap keselamatan sosial, kemantapan dan perpaduan sedunia, termasuk di Singapura. 

Sumber : BERITA Mediacorp/TQ/tq

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa