Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pelajar Madrasah Aljunied cemerlang IB 2021, bukti pendidikan Islam, sekular bermutu - Masagos

Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Masagos Zulkifli melahirkan rasa amat bangga beliau atas pencapaian cemerlang para pelajar Madrasah Aljunied dalam Program Diploma International Baccalaurete (IBDP) tahun ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Pelajar Madrasah Aljunied cemerlang IB 2021, bukti pendidikan Islam, sekular bermutu - Masagos

Pelajar IB terbaik Madrasah Aljunied, Tasneem bersama koordinator program IB Madrasah Aljunied, Khalidah Abdullah. (Gambar: MUIS)

SINGAPURA: Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Masagos Zulkifli melahirkan rasa amat bangga beliau atas pencapaian cemerlang para pelajar Madrasah Aljunied dalam Program Diploma International Baccalaurete (IBDP) tahun ini.

Menurut Encik Masagos, pencapaian cemerlang itu turut menyerlahkan kebolehan Madrasah Aljunied menawarkan pendidikan Islam dan pendidikan sekular bermutu yang diperlukan untuk masyarakat moden hari ini.

Beliau berkata demikian dalam satu catatan Facebook hari ini (5 Jan).

Kesemua 16 pelajar Madrasah Aljunied yang mengikuti program IBDP dianugerahkan Diploma Dwibahasa.

Purata markah yang diperolehi oleh Madrasah Aljunied dalam IBDP tahun ini ialah 39.69, iaitu lebih tinggi berbanding purata markah global 32.29 pada 2021.

Malah pelajar IB terbaik dari madrasah itu, Tasneem Jamaludeen, berjaya meraih markah penuh 45 mata sekali gus meletakkannya antara pelajar IB terbaik di seluruh dunia.

BACA: Pelajar Madrasah Aljunied Tasneem Jamaludeen catat markah penuh 45 mata bagi IBDP 2021

Dalam catatan yang sama, Encik Masagos turut meluahkan harapan supaya pelajar madrasah dapat menjadi pemimpin agama masa depan untuk masyarakat Islam Singapura.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada asatizah dan kakitangan di Madrasah Aljunied serta ibu bapa atas sokongan dan dedikasi mereka dalam membimbing pelajar sepanjang perjalanan mereka.

"Tahniah sekali lagi dan selamat maju jaya kepada pelajar kita dalam meneruskan perjalanan pendidikan mereka!" tulis Encik Masagos sebelum mengakhiri catatannya.

Sumber : BERITA Mediacorp/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan