Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pelajar IB S’pura ungguli peringkat antarabangsa meski prestasi sekolah bercampur-campur

Pelajar Singapura yang menduduki peperiksaan diploma International Baccalaureate (IB) tahun lalu menunjukkan prestasi bercampur-campur berbanding tahun sebelumnya.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 04 Jan 2019 09:17PM Dikemas Kini : 04 Jan 2019 09:41PM

SINGAPURA: Pelajar Singapura yang menduduki peperiksaan diploma International Baccalaureate (IB) tahun lalu menunjukkan prestasi bercampur-campur berbanding tahun sebelumnya.

Namun, keputusan mereka tetap mengatasi pelajar global dengan lebih 50 peratus meraih lebih 40 mata daripada markah penuh iaitu maksimum 45 mata.

Ini berbanding purata global kira-kira 10 peratus.

Perasaan bercampur aduk bagi 444 pelajar Sekolah Anglo-Chinese (Bebas) dan ibu bapa mereka di saat mereka menerima keputusan peperiksaan diploma International Baccalaureate (IB) hari in (4 Jan).

99.8 peratus daripada pelajar sekolah itu lulus, dengan lebih daripada 80 peratus penuntutnya meraih 40 mata ke atas. Jumlah itu bagaimanapun menyusut berbanding 84.7 peratus penuntut yang meraih antara 40 hingga 45 mata pada tahun sebelumnya.

Secara keseluruhannya, 2,152 penuntut menduduki peperiksaan IB pada tahun lalu, dengan 98 peratus kadar kelulusan.

38 penuntut turut mendapatkan mata penuh, iaitu sebanyak 45 mata.

Turut meraikan keputusan baik ialah penuntut daripada Sekolah Sukan Singapura dengan kohort terbesarnya dengan seramai 27 orang.

Menurut sekolah tersebut, kesemua daripada penuntutnya meraih keputusan yang baik.

Sekolah Kesenian Singapura (SOTA) turut melihat kadar kelulusan sebanyak 100 peratus bagi 160 penuntutnya, dengan 45 peratus daripada mereka meraih lebih 40 mata.

St Joseph's Institution pula menyaksikan 99.6 peratus kadar kelulusan - turun sedikit berbanding 100 peratus yang diraihnya pada tahun sebelumnya yang mana 67 peratus daripada kohort pelajarnya meraih lebih daripada 40 mata dan ke atas.

Kohort bagi Sekolah Antarabangsa Hwa Chong pula mendapat kadar kelulusan sebanyak 97 peratus dengan suku daripada penuntutnya meraih 40 mata ke atas.  

Sumber : CNA/UR/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan