Pelajar hilang nota selepas Mobile Guardian digodam bimbang prestasi dalam peperiksaan
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Ketika Esther (bukan nama sebenar) membuka iPad yang diberikan sekolahnya pada Ahad (4 Ogos) malam untuk mengulang kaji peperiksaan pada keesokan hari, dia terkejut kerana notanya yang disimpan sejak empat tahun di sekolah menengah sudah hilang.
Pelajar Menengah 4 Sekolah Perempuan Methodist (MGS) itu bakal menduduki peperiksaan matematik dan Bahasa Inggeris pada Isnin (5 Ogos).
"Bagaimana boleh saya ambil peperiksaan ini? Bagaimana nak lulus GCE 'O' dalam dua bulan lagi," katanya kepada Mediacorp.
"Semua nota saya simpan dalam iPad dan saya tidak boleh menghafalnya lagi."
Pada pagi yang sama Kementerian Pendidikan (MOE) mengumumkan insiden pencerobohan keselamatan siber global yang menjejaskan kira-kira 13,000 pelajar sekolah menengah dari 26 sekolah di Singapura. Peranti mereka dipadam oleh penggodam secara jarak jauh.

Pihak sekolah memaklumkan MOE pada Ahad malam bahawa beberapa pelajar yang menggunakan iPad atau Chromebook sebagai alat pembelajaran peribadi tidak dapat mengakses aplikasi dan maklumat yang disimpan di dalam peranti tersebut.
Namun, beberapa pelajar dan ibu bapa berkongsi dengan Mediacorp, mereka sudah mengalami masalah dengan peranti mereka sejak minggu lalu.
Di MGS dan Sekolah Perempuan Raffles (RGS), beberapa pelajar tidak dapat menggunakan iPad mereka untuk mengakses internet, dan terpaksa hidupkan semula peranti mereka ikut setting asal, yang mengakibatkan sebahagian daripada kerja sekolah pelajar dipadam.
Disebabkan aplikasi tersebut sudah dipadam daripada peranti mereka, pelajar tidak dapat mendapatkan semula nota mereka kerana ia tidak disalin (back up), kata Esther kepada Mediacorp.
Esther juga risau tentang prestasinya dalam peperiksaan GCE 'O' yang akan datang, dengan peperiksaan bertulis bermula pada Oktober. Dia masih mempunyai beberpa nota yang dimuat naik di Google Docs, dan kini bergantung pada buku teks dan nota tuisyennya.
"AGAK TERTEKAN"
Selepas menyaksikan hampir satu pertiga rakan sedarjahnya berdepan isu yang sama minggu lalu, Hailey (bukan nama sebenar), dari RGS, menganggap insiden itu "agak serius" dan mengambil keputusan untuk menyalin semua dokumen di dalam perantinya.
Ketika membuat kerja rumah matematik di iPadnya, peranti itu tiba-tiba mati.
Selepas menghidupkan semula perantinya, Hailey menyedari hampir separuh daripada aplikasi di dalam perantinya sudah hilang, termasuk aplikasi yang digunakan untuk mencatat nota dan membuat kerja rumah.
Rakan sekolahnya mecadangkan untuk log masuk menggunakan akaun Apple peribadinya dan memuat turun semua aplikasi yang hilang. "Saya memuat naik semua nota di iCloud,jadi saya bernasib baik kerana dapatkan semula nota saya," tambahnya.
"Insiden ini membuat saya agak tertekan, tetapi saya gembira kerana mendapatkan semula nota saya," kata Hailey, dan menambah bahawa dia akan menghidupkan fungsi salinan semula secara automatik sekiranya perkara tersebut berlaku lagi.
HILANG "BANYAK BARANG BERHARGA"
Pelajar yang terjejas di seluruh negara dibenarkan membawa peranti peribadi atau komputer riba mereka sendiri ke sekolah, untuk digunakan di kelas pada Isnin.
Pada Isnin, MOE menyatakan bahawa usaha sedang dijalankan untuk memulihkan peranti tersebut supaya boleh digunakan seperti biasa. Ia juga sedang mempertimbangkan langkah-langkah lain untuk mengawal penggunaan peranti bagi menyokong pembelajaran dalam tempoh tersebut.
"MOE sedang bekerjasama dengan sekolah untuk membantu pelajar yang terjejas termasuk menghantar pasukan IT tambahan ke sekolah dan menyediakan sumber pembelajaran tambahan."
Bagi Sekolah Menengah Riverside, pelajar diberi salinan kertas lembaran kerja selepas kebanyakan pelajar tidak dapat menggunakan iPad mereka di kelas pada Isnin, dan produktiviti pelajar "sangat terjejas".

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.