Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pelajar dihadap ke mahkamah; ceroboh sekolah menengah bersama rakan, rosakkan bilik darjah

Anggaran Waktu Membaca:
Pelajar dihadap  ke mahkamah; ceroboh sekolah menengah bersama rakan, rosakkan bilik darjah

Mahkamah Negara di Singapura. (Gambar fail: CNA/Calvin Oh)

Diterbitkan : 16 Jan 2023 06:19PM Dikemas Kini : 16 Jan 2023 06:30PM
SINGAPURA: Pada Ogos 2020, seorang pelajar 15 tahun memanjat ke dalam sekolah menengahnya pada waktu malam bersama empat pelajar lain dan merosakkan enam bilik darjah. Mereka terbalikkan kerusi meja serta menggunakan alat pemadam api untuk menyembur lantai.

Pihak sekolah menyedari keadaan itu tetapi hanya menghubungi polis beberapa hari kemudian kerana pelajar ketika itu sedang menduduki peperiksaan.

Pelajar itu yang kini berusia 17 tahun, mengaku bersalah atas peranannya dalam insiden tersebut pada Isnin (16 Jan). Dia juga mengaku bersalah bagi pelbagai kesalahan lain termasuk mencuri kad tunai dan menceroboh sebuah kawasan di Shenton Way untuk melakukan aksi nekad dengan skuternya.

Remaja itu, yang tidak boleh dinamakan kerana berusia di bawah 18 tahun, mengaku bersalah terhadap empat tuduhan termasuk mencuri, menceroboh dan berkelakuan nakal. Beberapa tuduhan lain akan dipertimbangkandalam menentukan hukuman ke atasnya.

Mahkamah diberitahu bahawa remaja itu telah pergi ke sekolahnya selepas ia ditutup, sekitar pukul 8.00 malam pada 26 Ogos 2020. Dia disertai empat lagi pelajar berusia antara 16 dengan 17 tahun ketika itu.

Lima budak lelaki tersebut memanjat masuk ke kawasan sekolah melalui pintu pagar di tepi bangunan bagi mengelak daripada dirakam kamera litar tertutup.

Mereka terbalikkan meja dan kerusi di enam bilik darjah, memecahkan enam panel tingkap dan menggunakan dua pemadam api di tangga untuk menyembur lantai serta meja di dalam bilik darjah.

Pihak pengurusan sekolah mengenalpasti kumpulan remaja berkenaan, kerana pesalah itu didapati telah bertanya pelajar lain tentang kamera CCTV di sekolah.

Mahkamah juga diberitahu bahawa pelajar itu juga telah bercakap mengenai rancangannya untuk melakukan aksi tersebut.

Guru disiplin sekolah membuat laporan polis pada 29 Ogos 2020 berhubung kerosakan pada kemudahan-kemudahan sekolah.

Remaja tersebut juga mengaku menceroboh masuk ke dalam Asia Square, pada 2 Jun 2021 bersama empat lagi individu.

Mahkamah meminta laporan untuk menilai kesesuaian bagi probesen dan menangguhkan hukuman kepada Mac.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan