Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pelajar buat lawatan maya ke monumen negara guna robot

Tidak lama lagi para pelajar boleh melawat monumen-monumen negara secara maya dengan bantuan sebuah robot.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 22 Sep 2020 08:43PM Dikemas Kini : 23 Sep 2020 01:23AM

SINGAPURA: Tidak lama lagi para pelajar boleh melawat monumen-monumen negara secara maya dengan bantuan sebuah robot.

Program 'robo-tour' kelolaan Lembaga Warisan Negara (NHB) itu membolehkan pelajar mengawal robot tersebut hanya dengan menggunakan peranti bijak seperti komputer riba.

40 murid Sekolah Rendah Qihua menjadi kumpulan pertama mencuba program tersebut dengan lawatan ke Masjid Sultan hari ini (22 Sep).

Para pelajar berpeluang untuk menyelami sejarah mercu tanda terkenal itu di alam maya menerusi penggunaan robot.

Malahan mereka boleh melawat bahagian-bahagian masjid yang tidak boleh dikunjungi orang awam, seperti dewan solat.

Mereka juga boleh berinteraksi dengan pemandu pelancong di sana.

Lawatan robot atau 'robo-tours' selama 45 minit itu sebahagian daripada percubaan NHB untuk memanfaatkan teknologi dan memastikan monumen-monumen negara mudah dikunjungi pelajar.

"Lawatan alam maya itu sungguh menarik kerana saya dapat mempelajari tentang Masjid Sultan dengan lebih mendalam. Saya dapat mengetahui tentang sejarahnya," Murid Darjah 3 Sekolah Rendah Qihua, Muhammad Shakil Bin Nazrin.

"Saya mengawal robot itu dengan mudah. Saya menggunakan tetikus yang terletak di meja saya dan menggunakannya untuk menggerakkan robot itu,"ujarnya.

NHB merancang untuk menyediakan program itu kepada semua sekolah.

Edisi masa depan juga akan mempamerkan monumen-monumen seperti bekas Bangunan Fullerton.  

Sumber : CNA/HK/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan