Pelajar boleh tukar kad konsesi kepada SimplyGo mulai 7 Sep
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar fail: CNA
SINGAPURA: Para pelajar akan mempunyai pilihan untuk menukar kad konsesi pelajar mereka kepada kad bijak SimplyGo mulai Sabtu (7 Sep).
Ia bagi semua pelajar sekolah rendah dan menengah di bawah naungan Kementerian Pendidikan (MOE) serta maktab rendah dan Institut Millennia, menurut Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) pada Jumaat.
"Ini selepas kami menerima maklum balas daripada ibu bapa dan pelajar bahawa mereka ingin mempunyai pilihan untuk menukar SSC sedia ada mereka kepada SSC SimplyGo, untuk memudahkan ibu bapa menokok nilai kad anak mereka melalui aplikasi SimplyGo," dedah LTA.
Penukaran kepada kad SimplyGo adalah percuma dan boleh dilakukan di mesin tiket terpilih di semua stesen MRT dan pusat pertukaran bas.
Sungguhpun demikian, mereka yang ingin menukar semula kepada kad konsesi bukan SimplyGo perlu memulangkan kad bijak sekolah SimplyGo mereka dan membeli kad konsesi bukan SimplyGo yang baharu pada harga S$8.10.
“Dengan ini, semua penumpang kini mempunyai pilihan untuk menukar kad perjalanan mereka kepada SimplyGo,” kata LTA.
Menteri Pengangkutan Chee Hong Tat mengumumkan langkah itu pada Mei lalu.
"Saya berbesar hati untuk berkongsi bahawa ia akan berkuat kuasa mulai esok, 7 Sep," katanya dalam catatan Facebook pada Jumaat (6 Sep).
"Kami sentiasa mencari jalan untuk menambah baik sistem pengangkutan awam kami."
Menurut LTA, kad bijak sekolah SimplyGo boleh didaftarkan dan dipadankan dengan aplikasi SimplyGo.
Para pelajar boleh menambah nilai kad mereka atau membeli pas konsesi bulanan melalui aplikasi tersebut.
Mereka juga boleh membatalkan kad yang hilang dengan serta-merta dan mengatur baki nilai untuk dikembalikan ke dalam kad atau akaun bank.
“Para pelajar akan terus menikmati tambang bersubsidi yang sama untuk pengangkutan awam dan boleh terus menggunakan kad itu untuk pembelian di Terminal Smart Buddy di sekolah dan pembelian di kedai-kedai runcit,” kata LTA.
SimplyGo telah dilancarkan pada April 2019 untuk memperluaskan pilihan pembayaran yang disediakan kepada penumpang kerana ia membolehkan mereka melakukan perjalanan dengan pembayaran tanpa sentuh dan bukan kad tambang yang berasingan.
Bagaimanapun, pada Januari tahun ini, keputusan untuk memindahkan sepenuhnya sistem pembayaran kepada SimplyGo mencetuskan kemarahan orang ramai.
LTA mengumumkan pada 9 Jan bahawa kad dewasa bukan SimplyGo EZ-Link dan kad NETS FlashPay tidak lagi boleh digunakan untuk membayar tambang pengangkutan awam mulai 1 Jun.
Sesetengah penumpang tidak berpuas hati kerana terpaksa memuat turun aplikasi SimplyGo, manakala yang lain menghadapi masalah untuk menaik taraf kad EZ-Link mereka.
Ramai juga yang merungut kerana sistem SimplyGo tidak membenarkan baki kad ditunjukkan di pintu tambang.
Sekitar dua minggu kemudian, agensi itu mengubah keputusannya untuk memansuhkan sistem tiket lama secara berperingkat.
Pemerintah akan membelanjakan lagi S$40 juta supaya penumpang boleh terus menggunakan kad EZ-Link dan kad NETS FlashPay jika mereka mahu, kata Encik Chee pada 22 Jan.
Mereka yang telah menaik taraf kepada kad EZ-Link SimplyGo boleh menukarnya dengan kad EZ-Link sebelumnya secara percuma jika mereka lebih suka menggunakan sistem tiket lama.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.