Pelajar 12 tahun dikejarkan ke hospital selepas dilanggar kereta luar Sekolah Menengah Bukit View
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Seorang pelajar perempuan 12 tahun dikejarkan ke hospital pada Selasa (16 April) selepas sebuah kereta melanggarnya di lintasan pejalan kaki di luar Sekolah Menengah Bukit View.
Polis dimaklumkan tentang kejadian tersebut yang melibatkan sebuah kereta dan pejalan kaki di Bukit Batok Street 21 menghala ke Bukit Batok Central pada Selasa (16 Apr), kira-kira pukul 7.05 pagi.
Demikian menurut Pasukan Polis Singapura (SPF) ketika ditanya Mediacorp.
Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) memberitahu Mediacorp pihaknya juga dimaklumkan tentang kemalangan di jalan yang sama sekitar pukul 7.10 pagi.
Remaja perempuan itu dihantar ke Hospital Universiti Nasional (NUH) dalam keadaan sedarkan diri.
Dia sudah dibenarkan pulang, kata pengetua Sekolah Menengah Bukit View, Jaswant Singh pada Selasa petang.
Seorang pemandu lelaki berusia 50 tahun sedang membantu siasatan polis, dedah polis sambil menambah bahawa siasatan masih dijalankan.
Dalam video yang dimuat naik ke akaun Facebook SG Road Vigilante, remaja perempuan itu dilihat berlari sedang warden lalu lintas memberi isyarat kepada kenderaan lain supaya berhenti.
Sebuah kereta Honda Vezel berwarna putih gagal berhenti dan melanggar pelajar perempuan itu.
Dalam rakaman tersebut, pelajar itu terpelanting ke hadapan disebabkan hentaman pelanggaran.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.