Pelaburan tanggungjawab bersama keluarga demi keselamatan kewangan & perancangan masa depan
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Para pelabur di Singapura kurang mendapat pendedahan kepada peluang pelaburan Islam yang halal dan berpotensi menjana keuntungan tinggi.
Ini berpunca daripada kurangnya publisiti serta usaha pemasaran untuk produk kewangan Islam dan pengurusan aset patuh syariah di negara ini.
Demikian pandangan Pengarah Urusan RizqX, Muhammad Ridhwaan Radzi kepada wartawan Nurfazirah Azman di Festival RizqX yang berlangsung di Institut Devan Nair pada Sabtu, 21 September.
"Di Singapura ini, ramai orang yang tidak tahu bahawa rupanya ada banyak peluang-peluang pelaburan Islam yang halal dan juga bermutu tinggi dengan keuntungan yang juga tinggikerana pelaburan-pelaburan ini kurang mendapat publisiti dan pemasaran," kata Encik Ridhwaan.
PELANCARAN APLIKASI MUDAH ALIH RIZQX
Sehubungan itu, syarikat tersebut telah membangunkan aplikasi mudah alih RizqX untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai produk dan peluang pelaburan halal yang berlandaskan prinsip syariah.
Inisiatif itu juga didorong oleh permintaan yang semakin meningkat terhadap produk kewangan Islam di Singapura.
Melalui aplikasi itu, pengguna dapat memilih pelaburan halal dengan lebih mudah, berasaskan maklumat yang jelas dan tepat.
Aplikasi itu turut menyediakan pengalaman pelaburan halal yang menyeluruh bagi mereka yang ingin melabur, memastikan setiap langkah pelaburan patuh kepada syariah.
"Aplikasi yang dilancarkan ialah platform FinTech, RizqX yang membuka peluang-peluang pelaburan yang halal awam dan swasta untuk orang awam di Singapura mengakses pelaburan-pelaburan ini, supaya mereka dapat meningkatkan mutu, pelaburan ataupun keuntungan mereka sepanjang hayat mereka," jelas Encik Ridhwaan.
Aplikasi tersebut menawarkan lebih daripada 100 peluang pelaburan halal, lengkap dengan maklumat terperinci, bagi membantu pelabur membuat keputusan yang bijak dan tepat.
"Mereka juga boleh menjejak pelaburan mereka sama ada di ruang awam atau swasta untuk mengetahui keuntungan mereka. Mereka juga boleh berkomunikasi dengan pelabur-pelabur yang lain yang boleh berkongsi maklumat atau pengalaman mereka kepada individu yang ingin melabur dalam pelaburan itu," kata Encik Ridhwaan.
JUMLAH PESERTA MENINGKAT LEBIH SEGANDA
Jumlah peserta yang menyertai acara anjuran bersama Islamic Finance Singapore (IFSG) dan Maybank Singapore meningkat lebih seganda tahun ini berbanding tahun lalu.
"Acara seperti ini memberi kami platform untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan tentang pengurusan kewangan Islam, jadi saya rasa inisiatif-inisiatif ini sungguh positif untuk meningkatkan kesedaran buat masyarakat di sini.
"Pada masa ini, pengurusan kewangan Islam dan produk-produknya sudah meningkat dengan permintaan yang tinggi dan ini pada saya positif kerana pelanggan semua sudah mengetahui apa itu pengurusan kewangan Islam," kata Ketua Pengurusan Kekayaan Islam, Maybank Singapore, Encik Abdul Halim.
Lebih 150 peserta mengambil bahagian dalam acara bertema "Memperkasakan Keluarga melalui Keputusan Kewangan Bijak" ini.
Sepanjang acara, peserta berpeluang mengikuti lima sesi perbincangan yang dipimpin oleh 15 pakar dalam bidang kewangan Islam.
SESI PERBINCANGAN BERSAMA AHLI PANEL WANITA
Buat julung-julung kalinya, satu sesi perbincangan dengan ahli panel yang semuanya wanita diadakan.
Sesi tersebut memberi tumpuan kepada idea bahawa pelaburan bukan sekadar tanggungjawab individu, tetapi usaha bersama bagi seluruh keluarga.
Perbincangan itu meneroka cara-cara keluarga boleh merancang kewangan mereka untuk jangka masa panjang sambil mengukuhkan keselamatan kewangan dan mempererat ikatan kekeluargaan.
Anggota panel itu terdiri daripada Ustazah Liyana Musfirah, ejen hartanah Nona Kirana, pengasas Lepak Conversations Yulianna Frederika, penolong pengarang Berita Harian Atiyyah Mohd Said, dengan penerbit kanan BERITA Mediacorp, Emillia Amin sebagai dengan moderator
"Ini kerana fokusnya adalah untuk keluarga. Kalau kita lihat pada tahun lepas, ia memberi tumpuan kepada individu. Jadi, tahun ini kami ingin meningkatkan lagi mutu forum atau festival kami dan kerana itu kami meletakkan panel wanita dan juga temanya adalah,Pelaburan itu bukan untuk diri sendiri sahaja tetapi juga untuk keluarga'," kata Encik Ridhwaan.
Rata-rata peserta yang ditemui teruja dapat meraih manfaat daripada sesi yang diadakan
"Ini adalah peluang yang baik untuk kami pelajari tentang perkembangan pelaburan pasaran halal dan apakah pilihan yang ada untuk masyarakat islam setempat. Saya dapati bahawa minat terhadap pelaburan yang berlandaskan syariah semakin meningkat di kalangan golongan anak muda," kata Encik Muhammad Helmi Sarodin, 30 tahun.
Seorang lagi peserta Hairawanie Hairudinsah, 25 tahun juga gembira dapat menimba ilmu dalam bidang itu.
"Satu pengajaran daripada acara ini yang saya sudah ketahui adalah cara untuk mengimbangi antara menjadi praktikal dan juga peluang-peluang yang ada untuk pelaburan tetapi tetap memastikan bahawa pelaburan kami itu adik, tanggungjawab dan juga berfaedah," kata Cik Hairawanie.
Pihak penganjur mengumumkan bahawa mereka sedang merancang untuk memperluaskan usaha mendekati dan melibatkan lebih ramai individu dalam pelaburan yang berlandaskan prinsip syariah.
RizqX juga akan bekerjasama dengan rakan kongsi dalam masa terdekat untuk memperkukuh inisiatif ini.

Sumber : BERITA Mediacorp/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.