Pelaburan dalam pasaran karbon 'jalan ke arah masa depan lebih mampan', kata Presiden Tharman
Presiden Tharman Shanmugaratnam berkata pelaburan dalam pasaran karbon adalah jalan menuju ke arah masa depan yang lebih mampan.
(Gambar: AFP)
Semasa berucap di acara Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos, Presiden Tharman berkata terdapat peluang-peluang untuk membangunkan industri tenaga hijau dan mewujudkan pertumbuhan yang mampan.
Beliau bagaimanapun menekankan bahawa pelaburan sedemikian diperlukan daripada para pemain utama.
"Kita mempunyai peluang, sebenarnya untuk mengembangkan industri tenaga hijau di bahagian-bahagian dunia yang mempunyai banyak pancaran matahari dan tiupan angin, kita mempunyai peluang untuk membentuk strategi pertumbuhan yang mampan, tetapi ia akan memerlukan pelaburan dan sokongan daripada negara-negara maju dan institusi-institusi kewangan antarabangsa perlu memainkan peranan yang lebih ketara ke arah usaha tersebut," kata Presiden Tharman.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.