Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pelaburan besar dalam teknologi, tapi keselamatan tetap satu keprihatinan: Ng Eng Hen

Singapura juga mengambil bahagian dalam amalan ini. Menurut beliau, Agensi Sains dan Teknologi Pertahanan (DSTA) dan syarikat-syarikat seperti Airbus dan Boeing sedang bekerjasama dalam teknologi-teknologi digital seperti percetakan 3D dan analisis data.

Anggaran Waktu Membaca:
Pelaburan besar dalam teknologi, tapi keselamatan tetap satu keprihatinan: Ng Eng Hen
Diterbitkan : 27 Jun 2018 09:53PM Dikemas Kini : 27 Jun 2018 09:56PM

SINGAPURA: Program-program Kajian dan Perkembangan (R&D) dalam arena pertahanan menghasilkan beberapa aplikasi yang meningkatkan mutu kehidupan masyarakat secara umumnya. Bagaimanapun sedang kadar inovasi meningkat, risiko keselamatan dan dilema moral masih wujud. Demikian menurut Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen hari ini (27 Jun).

Dr Ng, dalam ucapan pembukaannya di Sidang Puncak Teknologi Pertahanan Singapura yang pertama di sini, menukil contoh program ARPANET oleh Amerika Syarikat pada tahun 1969 sebagai sesuatu yang membanggakan. ARPANET adalah rangkaian yang dibina untuk mampu berdaya tahan sekiranya berlakunya serangan nuklear. Namun ia belum lagi mencapai kemajuan seperti rangkaian Internet yang kita ada hari ini, katanya.

Beliau juga menegaskan pelaburan besar yang dibuat dalam teknologi, baik oleh pemerintah dan sektor swasta. Malah, pembiayaan sektor swasta dalam R&D mencecah rekod tertinggi sebanyak S$702 bilion tahun lepas, lebih banyak berbanding yang dibelanjakan pemerintah.

Di Amerika Syarikat dan Eropah, nisbah pelaburan swasta berbanding sektor awam dalam R&D adalah sekitar 2: 1. Manakala nisbah di China ialah 3: 1. Dari segi penyebaran geografi, perbelanjaan R&D syarikat-syarikat Asia "melebihi empat kali ganda sepanjang dekad yang lalu", sementara China kini mempunyai perbelanjaan R&D kedua terbesar di dunia, kata Menteri Pertahanan Ng Eng Hen lagi.

Singapura juga mengambil bahagian dalam amalan ini. Menurut beliau, Agensi Sains dan Teknologi Pertahanan (DSTA) dan syarikat-syarikat seperti Airbus dan Boeing sedang bekerjasama dalam teknologi-teknologi digital seperti percetakan 3D dan analisis data.

Angkatan Tentera Singapura (SAF) juga mengerahkan kecerdasan buatan (AI), misalnya di menara jam tanpa kawalan yang memantau pemasangan-pemasangan utama seperti Pulau Jurong, katanya.

Meskipun perubahan tersebut adalah berita baik untuk sektor swasta, terdapat juga risiko dan dilema yang harus dihadapi, kata Dr Ng lagi:

"Bagaimana kita memastikan bahawa teknologi baru tidak menjejas keselamatan kolektif kita?"

Beliau merujuk kepada para pengganas yang menggunakan aplikasi mengirim mesej yang dikunci (encrypted) untuk merancang plot dan pelanggaran privasi data oleh wadah media sosial, sebagai sebahagian daripada cabaran-cabaran yang harus ditangani masyarakat.

"Itu adalah persoalan-persoalan yang sukar dan dilema moral untuk dibentangkan, seringkali tiada jawapan yang mudah atau tanpa kesan," kata Dr Ng, sambil menambah bahawa beliau berharap sidang puncak itu akan memainkan peranan dalam membantu negara-negara menangani "banyak rahmat dan cabaran" gangguan teknologi yang bakal berlaku nanti. 

Sumber : CNA/NA/na

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa