Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pelabuhan mega Terminal Tuas akan dibuka secara bertahap-tahap mulai 2021

Fasa pertama pelabuhan mega Terminal Tuas akan mula beroperasi pada 2021, menyediakan dua tempat untuk kapal berlabuh.

Anggaran Waktu Membaca:
Pelabuhan mega Terminal Tuas akan dibuka secara bertahap-tahap mulai 2021

(Gambar: MPA)

Diterbitkan : 23 Apr 2019 09:40PM Dikemas Kini : 23 Apr 2019 09:44PM

SINGAPURA: Fasa pertama pelabuhan mega Terminal Tuas akan mula beroperasi pada 2021, menyediakan dua tempat untuk kapal berlabuh.

Menurut Penguasa Maritim dan Pelabuhan MPA, proses pembinaan pelabuhan itu sudah mencapai tahap pentingnya dengan pemasangan kaison ke-221 dan terakhir hari ini (23 Apr).

Kaison adalah struktur konkrit pasang siap seperti kotak setinggi 10 tingkat flat HDB.

Ia dipindahkan ke luar pesisir dan ditenggelamkan ke dalam laut untuk membentuk sebahagian daripada sempadan dermaga tetap.

MPA menyatakan pemasangan kaison terakhir itu amat penting kerana ia membolehkan pembinaan dermaga diselesaikan sepenuhnya supaya beberapa dermaga pertama boleh mula beroperasi.

MPA menambah bahawa kaison menghasilkan asas dalam yang mantap untuk memperbaiki mutu struktur dermaga, berbanding cerucuk yang biasa digunakan. 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan