Skip to main content

Singapura

Pekerja warga Thai maut selepas jatuh 14 meter di tapak binaan Tuas

Seorang pekerja asing warga Thailand berusia 49 tahun meninggal dunia di sebuah tapak binaan pada Jumaat (19 Okt) selepas jatuh dari ketinggian 14 meter.

Anggaran Waktu Membaca:
Pekerja warga Thai maut selepas jatuh 14 meter di tapak binaan Tuas

Permandangan dari luar 80 Tuas Boulevard (Gambar: Google Street View)

Diterbitkan : 20 Oct 2018 11:10AM Dikemas Kini : 20 Oct 2018 11:12AM

SINGAPURA: Seorang pekerja asing warga Thailand berusia 49 tahun meninggal dunia di sebuah tapak binaan pada Jumaat (19 Okt) selepas jatuh dari ketinggian 14 meter.

Tapak tersebut terletak di 80 Tuas South Boulevard, menurut seorang jurucakap Kementerian Tenaga Manusia (MOM).

"Seorang pekerja Thai berusia 49 tahun sedang mengalihkan kepingan bumbung zink sebuah bengkel yang sedang dibina apabila beliau terpijak lapisan penebatan dan terjatuh ke tanah," tambah jurucakap itu.

"Beliau jatuh dari ketinggian 14 meter.

"Penghuni tapak adalah HPC Builders Pte Ltd dan majikan adalah Eltraco Roofing System Pte Ltd. MOM sedang menyiasat dan semua kerja-kerja dari tempat tinggi sudah dihentikan."

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menyatakan pihaknya dimaklumkan tentang insiden tersebut pada 3.50 petang. Menurut SCDF lagi, seorang pekerja lelaki disahkan mati di tempat kejadian oleh para pegawai paramedik pada 4.13 petang.

Gambar-gambar yang disebarkan di Facebook menunjukkan seorang lelaki dalam pakaian kerja terlantar dan tidak bergerak.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita