Pekerja tidak lagi bersedia gadai kehidupan untuk kerja, kata Presiden Halimah

Presiden Halimah Yacob menyampaikan mesej di Facebook. (Gambar: Tangkap layar dari Facebook/Halimah Yacob)
SINGAPURA: Singapura boleh mengharungi keadaan sejagat yang tidak menentu dengan tenaga kerja negara ini yang berkemahiran tinggi dan berdisiplin.
Dalam ucapan tahunannya sempena Hari Buruh, Presiden Halimah Yacob juga berkata hubungan rakyat dengan pekerjaan sudah berubah.
Maka itu, majikan perlu membuat penyesuaian.
"Pekerja sudah tidak lagi bersedia untuk mengorbankan seluruh kehidupan mereka untuk pekerjaan," kata Puan Halimah.
"Mereka mahu menjalani kehidupan yang lebih menyeluruh dan seimbang sambil mengejar minat lain.
Keadaan itu memerlukan majikan bertindak lebih kreatif dalam mengurus kakitangan mereka serta menyokong persekitaran yang lebih bermakna bagi memenuhi keperluan pekerja," ujarnya.
Sebelum ini, Menteri Tenaga Manusia, Tan See Leng dalam ucapan beliau sempena Hari Buruh berkata Singapura sedang meneliti cara untuk meningkatkan amalan aturan kerja fleksibel.
Lantas, kerjasama rakan tiga pihak antara kesatuan sekerja, majikan dan pemerintah harus komited untuk membantu pekerja membuat penyesuaian sejajar dengan perubahan dalam pekerjaan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.