Pekerja terjatuh ke dalam laut di Limbungan Keppel, operasi mencari diteruskan
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA:Kerja-kerja mencari diteruskan bagi seorang pekerja 38 tahun yang hilang selepas sebahagian daripada jeti konkrit di Limbungan Keppel di Tuas runtuh pada Isnin (22 Ogos).
Bahagian jeti konkrit yang menempatkansebuah kren runtuh sekitar pukul 10.40 pagi pada Isnin (22 Ogos), menyebabkan kren itu jatuh ke atas sebuah kapal yang berlabuh di sebelah jeti.Demikian menurut jurucakap Kementerian Tenaga Manusia (MOM) pada Selasa (23 Ogos).
Seorang pekerja warga Bangladesh yang berada di jeti tersebut terjatuh ke dalam laut dan masih dilaporkan hilang, menurut jurucakap tersebut.
Kemalangan tersebut berlaku di 51 Pioneer Sector 1 di Limbungan Keppel. Pekerja yang hilang itu bekerja dengan syarikat Kumarann Marine.
Empat lagi pekerja - dua rakyat Bangladesh, seorang warga China dan seorang lagi pekerja tempatan - mengalami kecederaan ringan dan berada dalam keadaan stabil.
"MOM sedang menyiasat punca kemalangan itu, dan telah menghentikan semua kerja di jeti itu," tambah jurucakap MOM tersebut.
Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) memaklumkan bahawa dua orang dibawa ke Hospital Universiti Nasional (NUH).
Sementara itu, seorang jurucakap Limbungan Keppel mengesahkan bahawa kejadian itu berlaku pada Isnin (22 Ogos) di Tuas.
"Sebahagian kawasan di tepi dermaga itu runtuh menyebabkan dua pekerja terjatuh ke dalam laut dan sebuah kren condong ke arah itu," kata jurucakap tersebut, sambil menambah salah seorang pekerja berjaya diselamatkan dan berada dalam keadaan stabil, manakala seorang lagi pekerja masih hilang.
Jurucakap itu menambah Limbungan Keppel sedang bekerja dengan SCDF dan Polis Pengawal Pantai dalam operasi mencari pekerja yang hilang.
"Limbungan Keppel menghargai nyawa dan keselamatan setiap pekerja dan sedang bekerja rapat dengan pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan menyeluruh. Oleh sebab siasatan masih dijalankan, kami tidak dapat memberi perincian lanjut buat masa ini."

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.