Pekerja sosial punyai lebih banyak kuasa campur tangan lindungi golongan dewasa rentan dari didera, diabai
Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) menyatakan ia akan hanya dikuatkuasakan sebagai pilihan terakhir - di mana pihak berkuasa akan masuk campur jika ia benar-benar perlu.
SINGAPURA: Di bawah satu rang undang-undang yang dibahaskan di Parlimen hari ini (20 Mac), para pekerja sosial akan mempunyai lebih banyak kuasa untuk campur tangan dalam melindungi golongan dewasa yang rentan daripada penderaan dan pengabaian.
Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) menyatakan ia akan hanya dikuatkuasakan sebagai pilihan terakhir - di mana pihak berkuasa akan masuk campur jika ia benar-benar perlu.
Di bawah undang-undang yang diusulkan itu, para pegawai MSF boleh memasuki rumah seorang dewasa yang disyaki rentan bagi menilai sendiri keadaannya.
Mereka juga dibenarkan memeriksa rekod serta memindahkan orang dewasa yang rentan itu ke sebuah pusat jagaan buat sementara waktu.
MSF juga boleh mendapatkan perintah mahkamah untuk campur tangan dan melindungi orang dewasa rentan itu, sekiranya dalam keadaan di luar kebiasaan, orang dewasa itu enggan dibantu.
Ini termasuk keadaan di mana nyawanya mungkin terancam atau dia dipaksa oleh ahli keluarganya untuk menolak bantuan yang dihulurkan. Hukuman bagi kesalahan yang dilakukan terhadap golongan dewasa rentan juga akan dipertingkatkan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.