Pekerja SG kurang terlibat di tempat kerja; ketinggalan berbanding rakan global, serantau, golongan bawah 35 tahun lebih terjejas
Anggaran Waktu Membaca:
Orang ramai berjalan di Daerah Pusat Perniagaan di Singapura pada 15 Mac 2023.
SINGAPURA: Pekerja Singapura, terutamanya mereka yang berumur di bawah 35 tahun, antara yang paling kurang terlibat di rantau ini dan dunia, menurut satu kajian baharu yang dikeluarkan pada Isnin (22 Jun).
Hanya 14 peratus pekerja di Singapura terlibat di tempat kerja pada tahun 2025, di bawah purata global sebanyak 20 peratus dan purata Asia Tenggara sebanyak 25 peratus, menurut laporan sulung oleh Institut Pengarah Singapura (SID) dan Gallup.
Kurang Pendampingan Satu Risiko Strategik
Semasa berucap di pelancaran laporan itu, Menteri Negara Tenaga Manusia Dinesh Vasu Dash berkata banyak organisasi masih menganggap modal insan sebagai isu HR dan bukannya keutamaan strategik.
Laporan itu memberi amaran bahawa pendampingan Singapura yang berterusan rendah boleh menjadi "liabiliti strategik" yang menjejaskan daya saing jangka panjang, terutamanya dalam ekonomi negara yang dipacu perkhidmatan.
Para penyelidik menambah bahawa penglibatan yang rendah mungkin menyebabkan Singapura kerugian berbilion dolar setiap tahun akibat kehilangan produktiviti.
Pendampingan di tempat kerja Singapura sebahagian besarnya tidak berubah sejak ia merosot pada tahun 2019.
Sebagai perbandingan, tahap pendampingan catat 9 peratus di Vietnam, 25 peratus di Malaysia, 27 peratus di Indonesia dan 34 peratus di Thailand.
Jurang Generasi
Laporan itu mendapati jurang yang ketara antara pekerja yang lebih muda dengan lebih tua.
Pekerja di bawah umur 35 tahun kurang terlibat, kurang berkemungkinan merasakan mereka berjaya di tempat kerja dan lebih cenderung mengalami emosi negatif, termasuk tahap tekanan harian yang lebih tinggi.
Para pengkaji berkata jurang ini dikaitkan dengan faktor-faktor seperti kos sara hidup yang tinggi, kewajipan perkhidmatan negara, ketidakpastian pekerjaan dan perubahan pandangan tentang kejayaan peribadi dan profesional.
Walaupun sesetengah pemimpin perniagaan meluahkan kebimbangan tentang cita-cita yang merosot dalam kalangan pekerja yang lebih muda, laporan itu menyatakan bahawa perbezaan tersebut sebahagian besarnya didorong oleh faktor struktur dan ekonomi dan bukannya dari segi perwatakan.
Punca Kurang Pendampingan
Pemimpin perniagaan yang ditemu bual untuk kajian ini secara amnya yakin tentang peluang yang ditawarkan oleh kecerdasan buatan (AI), tetapi kurang optimis tentang sejauh mana pekerja bersedia untuk menyesuaikan diri.
Ada yang menyatakan bahawa pekerja mungkin menentang penggunaan AI jika mereka bimbang teknologi itu akhirnya boleh menggantikan pekerjaan mereka.
Faktor lain yang ditukil atas sebab penglibatan rendah termasuk keadaan ekonomi yang mencabar, persekitaran perniagaan Singapura yang sangat kompetitif dan bilangan besar perusahaan kecil dan sederhana (SME) milik keluarga, yang menggaji kira-kira 70 peratus tenaga kerja.
Para pemimpin juga menunjukkan peningkatan permintaan produktiviti dan tekanan tempat kerja dalam persekitaran operasi berkos tinggi.
Pengurus Adalah Anak Kunci
Laporan itu mengenal pasti pengurus sebagai pemacu terbesar penglibatan pekerja, mendahului budaya tempat kerja dan dasar HR.
Pengurus yang berkesan didapati berkomunikasi secara berkala, memberikan hala tuju yang jelas, mengiktiraf sumbangan dan menyokong pembangunan pekerja.
Walau bagaimanapun, banyak organisasi telah banyak melabur dalam kepimpinan kanan dan latihan kemahiran teknikal sambil memberikan kurang sokongan untuk pengurus barisan hadapan.
Para penyelidik juga mendapati bahawa pengurus sering kekurangan kuasa atau sumber untuk menambah baik keadaan tempat kerja, meningkatkan risiko keletihan.
Sebuah syarikat perkhidmatan kewangan yang diketengahkan dalam laporan itu meningkatkan penglibatan pekerja kepada hampir empat kali ganda purata kebangsaan melalui pelaburan jangka panjang dalam pembangunan pengurus dan dengan mengurangkan saiz pasukan, membolehkan pengurus menyokong kakitangan mereka dengan lebih baik.

Sumber : CNA/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.