Skip to main content

Singapura

Pekerja SG harus dakap takrifan lebih luas mengenai pekerjaan yang baik: Lawrence Wong

Pekerja di Singapura harus mendakap takrifan lebih meluas mengenai apa yang dianggap sebagai pekerjaan yang baik, dan mengiktiraf kemahiran serta keupayaan daripada "terlalu tertumpu" pada sijil kelayakan, kata Timbalan Perdana Menteri Lawrence Wong pada Isnin (16 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
Pekerja SG harus dakap takrifan lebih luas mengenai pekerjaan yang baik: Lawrence Wong

(Gambar: IPS/NUS/ Jacky Ho)

Diterbitkan : 16 Jan 2023 07:38PM

SINGAPURA: Pekerja di Singapura harus mendakap takrifan lebih meluas mengenai apa yang dianggap sebagai pekerjaan yang baik, dan mengiktiraf kemahiran serta keupayaan daripada "terlalu tertumpu" pada sijil kelayakan, kata Timbalan Perdana Menteri Lawrence Wong pada Isnin (16 Jan).

Berucap di Sidang Perspektif Singapura anjuran Institut Pengajian Dasar (IPS) Universiti Nasional Singapura (NUS), beliau menambah bahawa semua industri harus menyemak semula tangga kemahiran mereka dan melabur dalam cara untuk memikat, mengekalkan dan memberi ganjaran kepada pekerja.

"Ini bukan hanya tentang menyusun semula pasaran buruh," kata Encik Wong, yang juga merupakan Menteri Kewangan.

"Ia juga tentang mengubah tanggapan kita terhadap pekerjaan... Majikan boleh lakukan lebih untuk menggajikan, melatih dan mengiktiraf semua pekerja, daripada menghalang perkembangan mereka secara adil berdasarkan kelayakan permulaan mereka."

Selain itu, pengguna juga perlu bersedia untuk membayar lebih bagi mendapatkan khidmat dan barangan untuk "mempertingkatkan" gaji mereka yang menyediakan barangan tersebut, katanya.

"Kita tidak boleh menuntut agar khidmat yang ditawarkan oleh warganegara kita diletakkan  harga lebih rendah dan juga merungut bahawa gaji mereka adalah terlalu rendah. Ini benar-benar tidak konsisten," kata Encik Wong.

"Saya tahu ini bukan topik yang mudah untuk dibincangkan pada masa ini di mana orang ramai juga prihatin mengenai harga dan kos sara hidup yang meningkat."

Namun Encik Wong akur bahawa akan "sentiasa" ada kecenderungan untuk membuat perbandingan dengan yang lain, dan melihat siapa yang  lebih baik.

"Beberapa perbandingan ini dapat menggalakkan persaingan sihat dan keinginan untuk terus belajar dan memperbaiki diri," katanya.

"Namun kadangkala perbandingan ini didorong oleh sebab-sebab yang salah dan dibentuk oleh keinginan untuk memperolehi status dan keistimewaan sosial."

CABARAN PEKERJAAN

Dalam ucapannya itu, Encik Wong juga menggariskan tiga cabaran yang membelenggu Singapura - iaitu masa depan pekerjaan, jaminan pekerjaan dan ganjaran kerja.

Sifat pekerjaan akan berubah, tegasnya. "Mereka yang mempunyai kemahiran yang betul akan dapat merebut peluang ini dan menikmati banyak ganjaran.

"Sementara itu mereka yang sukar membuat penyesuaian pastinya akan berdepan lebih banyak cabaran," kata Encik Wong sambil menarik perhatian bahawa ini akan mewujudkan keresahan terutama sekali dalam kalangan pekerja pertengahan kerjaya yang lebih berumur.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita