Pekerja sektor penyenggaraan landskap diberi pilihan kursus latihan lebih luas
Para pekerja dalam sektor penyenggaraan landskap kini mempunyai pilihan kursus latihan lebih luas.
SINGAPURA: Para pekerja dalam sektor penyenggaraan landskap kini mempunyai pilihan kursus latihan lebih luas.
Bagi jawatan penyelia dan yang lebih kompleks, syarat-syarat kemahiran akan dipertingkat.
Itulah antara saranan perikatan tiga pihak industri landskap yang bertujuan menjadikan sektor berkenaan lebih menarik.
Saranan itu adalah sebahagian daripada model gaji progresif dipertingkat yang bakal berkuat kuasa bulan depan.
Landasan kerjaya spesialis juga akan dibuka kepada para pekerja merangkumi peranan kerja baru seperti 'spesialis landskap' dan 'spesialis kanan landskap'.
Perikatan tiga pihak menyatakan ia akan menjalankan rundingan industri untuk menyarankan permulaan gaji yang sesuai tidak lama lagi.
Mengulas tentang semakan itu, NTUC menyatakan ia dalam usaha melindungi gaji para pekerja dan ia akan terus menyemak Model Gaji Progresif sedia ada bagi sektor-sektor lain.
Ia juga mahu menumpukan kepada memperluaskannya supaya para pekerja bergaji rendah dapat meraih manfaat.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.