Skip to main content

Singapura

Pekerja sektor penerbangan S'pura diberi penghargaan; jumlah penumpang makin meningkat

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 07 May 2022 07:06PM Dikemas Kini : 07 May 2022 09:57PM

SINGAPURA: 3,000 hidangan makanan dan beg cenderahati akan diagihkan kepada para pekerja sektor penerbangan Singapura sebagai tanda penghargaan kerana kerja keras mereka sepanjang cuti panjang hujung minggu lalu dan semasa pandemik COVID-19.

Para pekerja tersebut diberi bunga dan bungkusan makanan semasa makan tengah hari di sebuah kafe di mana mereka biasanya berehat.

Jamuan itu anjuran Penguasa Penerbangan Awam Singapura dan sebuah kumpulan masyarakat, Friends for Aviation.

Ia sebahagian daripada acara penghargaan Hari Buruh dan turut dihadiri para pemimpin korporat dan kesatuan sekerja.

Menjelang hujung tahun ini, jumlah penumpang pesawat di Singapura dijangka mencapai sekurang-kurangnya 50 peratus paras sebelum pandemik COVID-19.

Pihak berkuasa juga sedang bekerjasama dengan kesatuan sekerja dan syarikat-syarikat penerbangan untuk menambah jumlah pekerja dalam sektor itu.

Salah satunya dengan mengadakan acara kerjaya dalam masa tiga minggu akan datang serta menjalankan temu duga di acara itu.

Sumber : CNA/IZ/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita