Pekerja runcit adu sakit pinggang dan kaki melecet akibat peraturan "tidak boleh duduk"
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: AFP/Roslan Rahman
SINGAPURA: Pekerja dan bekas pekerja runcit memberitahu Mediacorp pada Isnin (19 Dis) tentang kesakitan yang mereka alami selepas peraturan "tidak dibenarkan duduk" - amalan bukan rasmi industri runcit yang tidak benarkan pekerja duduk di mana pembeli dapat melihat mereka - mendapat perhatian.
Kumpulan hak pekerja Workers Made Possible berkongsi catatan Instagram pada 11 Oktober yang menyatakan bahawa juruwang di rangkaian kedai kesihatan dan solekan Watsons Singapore tidak diberikan kerusi untuk duduk, selepas seorang juruwang memberitahu mereka bahawa beliau mengalami "masalah lutut" sejak memulakan pekerjaan itu.
Catatan Instagram yang dimuat naik dua bulan kemudian pada 12 Disember menyatakan bahawa kumpulan itu telah bertemu dengan Watsons untuk membincangkan aduan kakitangan syarikat itu bahawa mereka tidak dibenarkan duduk semasa syif mereka, yang membawa kepada "sakit kronik dan isu-isu kesihatan lain yang berkaitan."
Menjawab pertanyaan Mediacorp Watsons berkata syarikat itu "sentiasa meletakkan kebajikan pekerja sebagai keutamaan", dan menjelaskan bahawa ia tidak mempunyai dasar "tidak boleh duduk".
"Kerusi disediakan di ruang rehat dan rakan kerja kami boleh berehat jika perlu," kata kenyataan itu.
Pekerja dan bekas pekerja runcit membanjiri ruang komen catatan-catatan Instagram itu tentang kesan peraturan "tidak boleh duduk" pada tubuh mereka.
Salah seorang daripadanya berkata beliau melakukan pekerjaan runcit sejak berumur 18 tahun, dan terpaksa "berdiri dan beri penuh perhatian selama berjam-jam di gedung serbaneka besar yang kosong hampir setiap masa".
Mereka berkata mereka mengalami "sakit pinggang yang teruk" sehingga "tidak boleh bergerak" pada hari rehat mereka.
Sebahagian besar pekerja sedemikian mengalami masalah "ketegangan otot dan ketidakselesaan lain", kata Encik John Abraham, ahli fisioterapi utama kanan di Rapid Physiocare kepada Mediacorp.
Aduan biasa dalam kalangan jurujual, pengendali mesin, jururawat dan doktor yang berdiri selama berjam-jam untuk pembedahan termasuk sakit di tapak kaki, kaki menjadi bengkak, urat varikos, sakit otot terutamanya di betis, sakit pinggang, dan ketegangan di leher dan bahu, katanya.
Namun begitu, peraturan "tidak boleh duduk" terus wujud di sesetengah kedai.
Seorang pekerja runcit berusia 40-an tahun di kedai rangkaian kesihatan dan kecantikan Guardian berkata "keadaannya serupa di sini" apabila wartawan menunjukkan kepadanya berita tentang Watsons yang mendapat kritikan.
Beberapa peruncit lain tidak mempunyai peraturan "tidak boleh duduk".
Rangkaian pasar raya NTUC FairPrice "tidak mempunyai dasar yang memerlukan kakitangan berdiri semasa menjalankan tugas", kata jurucakap syarikat itu kepada Mediacorp.

Sumber : CNA/HY/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.