Pekerja platform luah rasa kecewa, tidak berdaya terhadap warga asing buat kerja penghantaran secara haram
Anggaran Waktu Membaca:
Penghantar makanan di Paya Lebar Quarter. (Foto fail: CNA/Calvin Oh)
- "Pada masa itu, terdapat begitu ramai warga asing - sekitar lima hingga enam orang - di Serangoon Nex setiap hari. Mereka semua menunggang e-basikal."
- "Hanya rakyat Singapura dan Penduduk Tetap (PR) dibenarkan bekerja sebagai pekerja penghantaran untuk syarikat-syarikat seperti Grab, Deliveroo dan foodpanda."
- "NTUC menyatakan dalam kenyataan medianya bahawa warga asing yang melakukan kerja penghantaran tanpa permit kerja mewujudkan persaingan yang tidak sah atau tidak adil kepada pekerja penghantaran, yang secara langsung memberi kesan dan menjejas pendapatan mereka."
- "Jika pekerja haram terus meningkatkan jumlah pekerja dalam sektor itu, kedua-dua pendapatan dan ketersediaan kerja untuk warga Singapura akan merosot, kata Profesor Madya Walter Theseira, ahli ekonomi pengangkutan dari Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS)."
SINGAPURA: Sejak sekian lama, pekerja penghantaran sambilan Alvin Lim menyedari dan mendapat tahu bahawa sesetengah rakan sekerjanya adalah warga asing yang bekerja secara haram bagi tugas penghantaran makanan.
September lalu, lelaki berusia 33 tahun itu memutuskan untuk bertindak.
"Pada masa itu, terdapat begitu ramai warga asing - sekitar lima hingga enam orang - di Serangoon Nex setiap hari. Mereka semua menunggang e-basikal."
"Seorang pekerja penghantaran dari Serangoon menghubungi polis mengenai salah seorang daripada mereka, dan memutuskan untuk membuat aduan. Kami juga menyerahkan maklumat kepada Kementerian Tenaga Manusia (MOM)," katanya sambil mendakwa mereka (warga asing) berada di sini menggunakan pas pelajar.
"Walaupun selepas membuat aduan polis, mereka masih melakukan kerja penghantaran, tetapi lebih berhati-hati. Mereka mula menyembunyikan muka mereka dan mengelak pergi ke Nex," kata Encik Lim, sambil menambah bahawa mereka muncul semula beberapa minggu kebelakangan ini di sekitar kawasan tersebut.
Beliau tidak bersendirian berasa kecewa terhadap isu itu. Dalam temu bual bersama Medicorp, beberapa pekerja platform menyuarakan kemarahan mereka terhadap kekurangan tindakan yang diambil terhadap warga asing yang melakukan kerja penghantaran secara haram.
Ada yang mahu meletak jawatan kerana berasa tidak berdaya – dengan laporan kepada pihak berkuasa tidak membendung pekerja asing, dan menyebabkan mereka percaya bahawa adalah mustahil untuk menghalang mereka (pekerja asing) daripada bersaing dengan mereka untuk kerja penghantaran yang sama.
"Apa lagi yang hendak dimarahkan? Tidak dapat mengawalnya. Ramai pemandu telah mengadu sebelum ini dan mereka akhirnya melakukan sesuatu," kata seorang pekerja penghantaran yang hanya mahu dikenali sebagai Encik Chow.
Mediacorp sudah melaporkan penggunaan akaun penghantaran secara haram seawal tahun 2023, apabila ia mengesan beberapa penyenaraian di Carousell yang mengiklankan akaun Deliveroo dan foodpanda untuk dijual.
Pada Jumaat (4 Jul), Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) menyatakan bahawa sebuah kumpulan kerja tiga pihak sedang ditubuhkan untuk menangani isu itu.
Kumpulan kerja tersebut akan melibatkan Grab Singapore, MOM dan Kementerian Pengangkutan (MOT), yang akan bekerjasama dengan NTUC dan persatuan kerabatnya.
Kumpulan itu akan secara kolektif menangani cabaran pekerja platform dan menjaga kesejahteraan mereka, memandangkan ekonomi berkembang pesat, menurut MOM dan MOT dalam satu kenyataan bersama pada Jumaat (4 Jul).
Ia akan diselia oleh Menteri Negara Kanan Kesihatan merangkap Tenaga Manusia Koh Poh Koon, Menteri Negara Kanan Pembangunan Negara merangkap Pengangkutan Sun Xueling, Setiausaha Agung NTUC Ng Chee Meng, dan Pengarah Urusan Operasi Kumpulan Grab Yee Wee Tang.
Hanya rakyat Singapura dan Penduduk Tetap (PR) dibenarkan bekerja sebagai pekerja penghantaran untuk syarikat-syarikat seperti Grab, Deliveroo dan foodpanda.
NTUC menyatakan dalam kenyataan medianya bahawa warga asing yang melakukan kerja penghantaran tanpa permit kerja mewujudkan persaingan yang tidak sah atau tidak adil kepada pekerja penghantaran, yang secara langsung memberi kesan dan menjejas pendapatan mereka.
Selain daripada usaha tiga pihak itu, sekumpulan penghantar makanan akan bertemu secara tertutup dengan Setiausaha Agung Parti Pekerja (WP) Pritam Singh dalam masa beberapa hari akan datang, menurut beberapa pekerja platform yang memaklumkan perkara itu kepada Mediacorp.
PERSAINGAN SENGIT UNTUK PEKERJAAN TERHAD
Dengan kurang tempahan bagi penghantaran makanan sekarang berbanding dengan masa lalu ketika ekonomi kukuh, Encik A Kenji, seorang pekerja penghantaran selama enam tahun, merasakan bahawa pekerja haram juga telah meningkatkan persaingan dalam sektor tersebut.
"Rasanya hanya ada 50 keping kek tetapi 200 orang cuba merebutnya."
"Ini mengurangkan persaingan yang adil dan pendapatan merosot bagi kita semua," katanya. "Kami bekerja keras untuk menyara keluarga (kami) jadi apabila orang seperti ini mula melanggar undang-undang, maka ia menyukarkan tugas kami."
Pekerja penghantaran lain turut menyokong pandangannya, sambil mengatakan bahawa adalah tidak adil untuk bersaing dengan warga asing yang bekerja secara haram.
Seorang lagi pekerja penghantaran, Muhammad Irfan Abdul Rahim, 24 tahun berkata, isu pekerja penghantaran yang mencurigakan ini telah dibangkitkan sebelum ini dalam kumpulan sembang yang terdiri daripada para pekerja penghantaran di sekitar kawasan Serangoon.
Beliau berkata pekerja penghantaran yang mencurigakan itu boleh dikenal pasti melalui tingkah laku dan loghat mereka.
Pekerja penghantaran lain yang pernah bertemu warga asing yang bekerja secara haram memberitahu Mediacorp bahawa pekerja haram itu juga boleh dikenal pasti melalui raut wajah dan motosikal mereka yang mempunyai plat lesen Malaysia.
MENGAPA INI PENTING UNTUK PEKERJA PLATFORM
Jika pekerja haram terus meningkatkan jumlah pekerja dalam sektor itu, kedua-dua pendapatan dan ketersediaan kerja untuk warga Singapura akan merosot, kata Profesor Madya Walter Theseira, ahli ekonomi pengangkutan dari Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS).
“Bagaimanapun, kesan ini sebahagian besarnya wujud daripada pengembangan bekalan, dan tidak berbeza dengan apa yang akan berlaku jika lebih ramai rakyat Singapura memutuskan untuk memasuki sektor itu,” katanya.
Dari segi keselamatan, Prof Madya Theseira berkata bahawa mungkin terdapat "risiko" jika pemegang akaun membenarkan warga asing menggunakan akaun mereka secara haram kerana data peribadi boleh diakses dengan mudah.
Terdapat juga risiko kepada penerima penghantaran, tambahnya.
“Sebahagian daripada perkara yang memastikan keselamatan pada sistem ialah keupayaan untuk mengenal pasti identiti seorang pekerja penghantaran, yang tidak akan dapat dilakukan jika orang lain menggunakan akaun tersebut.”

Sumber : CNA/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.