Pekerja platform bimbang gaji dibawa pulang terjejas oleh caruman CPF
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar fail: Calvin Oh/CNA)
SINGAPURA: Para pekerja platform menyuarakan keprihatinan mereka mengenai kesan ke atas gaji yang dibawa pulang, dengan para pekerja yang lebih tua enggan membuat caruman kepada akaun Tabung Simpanan Pekerja (CPF).
Demikian merupakan respons terhadap saranan-saranan perlindungan pekerjaan, yang diterima Pemerintah pada Rabu (23 Nov).
Para pekerja platform itu memberitahu Mediacorp bahawa mereka bimbang mengenai kemerosotan dalam gaji yang dapat dibawa pulang. Manakala, sebahagian yang lain berkongsi bahawa mereka lebih memilih untuk menyimpan atau melabur wang mereka, memandangkan isu penjaman rumah mereka sudah diselesaikan.
Syarikat-syarikat platform mengalu-alukan saranan tersebut tetapi sedia maklum berhubung kesan yang mungkin timbul terhadap para pekerja penghantaran dan pengguna apabila ia dikuatkuasakan.
Langkah CPF adalah salah satu daripada 12 saranan yang dikemukakan oleh jawatankuasa penasihat berhubung para pekerja platform. Saranan-saranan tersebut akan dikuatkuasakan secara beransur-ansur seawal-awalnya hujung 2024.
Para pekerja platform di bawah usia 30 tahun, akan diperlukan untuk membuat caruman CPF ke Akaun Biasa dan Khas mereka.
Jawatankuasa penasihat tersebut menyatakan bahawa para pekerja platform yang muda, lebih berkemungkinan menanggung biaya rumah atau merancang untuk membeli rumah, yang mana mereka dapat memanfaatkan caruman Akaun Biasa bagi membiayai pinjaman rumah mereka. Para pekerja muda itu mempunyai lebih banyak masa untuk mengumpul simpanan dan boleh memanfaatkan kesan daripada gabungan kadar faedah CPF, tambahnya.
Jawatankuasa penasihat itu bagaimanapun mengetahui bahawa mereka yang berusia 30 tahun dan ke atas, mungkin mempunyai rancangan untuk bersara atau membayar pinjaman rumah mereka sepenuhnya. Dalam pada itu, mereka patut diberikan pilihan sama ada mereka ingin menyertai aturan caruman CPF.

Bagi pekerja-pekerja sedemikian, jawatankuasa tersebut menyatakan: "Sekalipun demikian, jawatankuasa itu amat menggalakkan pekerja-pekerja platform ini untuk turut serta sekiranya mereka tidak mempunyai rancangan berasingan untuk mengadakan simpanan bagi keperluan jangka panjang."
"Ini terutama sekali bagi para pekerja platform berusia 64 tahun dan ke atas, yang akan dapat memanfaatkan sumbangan tambahan syarikat platform tanpa mereka diperlukan untuk memberi sumbangan yang lebih."
SYARIKAT PLATFORM BIMBANG KESAN
Syarikat-syarikat platform serta sebuah persatuan, yang dihubungi Mediacorp, menyambut baik saranan-saranan tersebut tetapi menyuarakan kebimbangan mereka berhubung kenaikan kos bagi para pengguna dan ruang persaingan yang tidak adil.
Ini memandangkan penyedia khidmat teksi dan syarikat logistik pihak ketiga tidak termasuk dalam cadangan tersebut.
Grab menyatakan: "Proses semakan semula itu menyediakan peluang yang baik bagi kami untuk bekerjasama sebagai satu industri dengan pemerintah dalam menyesuaikan perlindungan-perlindungan bagi rakan sekerja kami."
Namun, syarikat tersebut menjelaskan bahawa khidmat teksi biasa dan syarikat logistik pihak ketiga patut dirangkumi di bawah saranan-saranan tersebut. Ini memandangkan mereka juga menarik sekumpulan pekerja bebas dengan keperluan perlindungan tempat kerja yang serupa.
Sehubungan itu, Persatuan Industri Platform Digital (DPIA), yang ditubuhkan bersama oleh Grab, foodpanda dan Deliveroo, menyatakan bahawa adalah "penting" untuk Pemerintah memastikan bahawa terdapat ruang persaingan yang adil bagi kesemua platform digital di Singapura.
DPIA turut menjelaskan bahawa pelaksanaan harus dilakukan "sama rata bagi mengelakkan sebarang gangguan besar kepada ekosistem peniaga, pekerja penghantaran dan pengguna kami."
Ia juga maklum mengenai isu caruman CPF yang bakal dirumitkan oleh faktor-faktor seperti pembayaran atas permintaan dan malah, berkemungkinan memberi kesan terhadap para pengguna dan pekerja platform.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.