Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pekerja platform bangkitkan isu caruman CPF dalam kertas runding awam: Koh Poh Koon

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 05 Apr 2022 04:07PM Dikemas Kini : 05 Apr 2022 08:53PM

SINGAPURA: Isu caruman mandatori kapada Tabung Simpanan Pekerja (CPF) dibangkitkan kebanyakan  pekerja platform yang ditinjau dalam kertas perundingan awam, kata Menteri Negara Kanan Tenaga Manusia, Koh Poh Koon di Parlimen pada Selasa (5 Apr). 

Dr Koh berkata Jawatankuasa Penasihat bagi Pekerja Platform melibatkan secara aktif pihak berkepentingan dalam sesi dialog serta kertas perundingan awam.

Setakat ini, ia telah mendampingi lebih 20,000 pekerja platform dengan sekitar 1,200 maklum balas sudah diterima. 

"Lebih separuh daripada mereka  menyentuh isu caruman CPF dengan 55 peratus menyokong cadangan bagi caruman CPF mandatori buat pekerja platform. Isu perumahan merupakan sebab yang paling sering diketengahkan  pekerja platform yang ingin membuat caruman CPF, kata Dr Koh. 

"Ini tidak memeranjatkan kerana pekerja platform kini hanya membuat caruman kepada akaun Medisave bagi keperluan jagaan kesihatan. Dalam beberapa bulan akan datang, kami akan teruskan usaha mendampingi dan menggalakkan semua pihak berkepentingan termasuk pekerja platform untuk berkongsi pandangan mereka."

Jawatankuasa itu dibentuk pada September tahun lalu untuk meneliti tiga bidang utama yang menjadi keprihatinan pekerja platform.

Ini termasuk memperbaiki keperluan perumahan dan persaraan serta menyediakan perlindungan kewangan sekiranya berlaku kecederaan semasa bekerja sewaktu bekerja dan mengkukuhkan perwakilan. 

Dr Koh menjelaskan bahawa pekerja platform sudah membuat caruman CPF mandatori daripada gaji mereka walaupun pada kadar lebih rendah berbanding seorang pekerja biasa. 

"Jawantankuasa sedar bahawa jika caruman  CPF mandatori untuk pekerja platform diperkenalkan, syarikat platform juga harus mula membuat caruman. Ini akan meningkatkan kos syarikat,  tetapi ia sama dengan syarikat lain yang mengambil pekerja dalam sektor serupa misalnya sektor logistik dan pengangkutan," kata beliau.

"Pada masa yang sama, pihak jawatankuasa juga sedar beberapa pekerja platform bimbang tentang kesan caruman itu terhadap gaji yang dibawa pulang. Ini mencadangkan bahawa gaji pekerja platform tidak setinggi seperti yang dipaparkan tinjauan baru-baru ini.”

TINJAUAN LAIN JUGA DITERBITKAN 

Dr Koh juga menarik perhatian pihak jawatankuasa sedar mengenai  tinjauan lain mengenai kerja platform yang diterbitkan baru-baru ini. 

"Tinjauan ini berbeza daripada segi kaedahnya dan melibatkan bilangan respondan yang lebih kecil. Beberapa tinjauan ini juga tidak menjelaskan kawalan pengurusan dan cabaran yang dihadapi pekerja platform,” kata Dr Koh. 

"Meskipun demikian, satu maklum yang konsisten ialah pekerja platform mengalami ketidakpastian lebih besar, dan  menghargai beberapa aspek yang dinikmati pekerja biasa, seperti manfaat caruman CPF dan pampasan kecederaan di tempat kerja.” 

Dr Koh berkata demikian sebagai menjawab soalan mengenai profil dan prospek kerjaya jangka panjang bagi pekerja platform. Beliau berkata pada tahun lalu sebilangan besar penduduk yang  bergantung pada kerja platform berusia 50 tahuh ke atas. 

Pekerja penghantaran pula lebih muda dan kebanyakannya berusia 40 tahun ke bawah.

"Kerja jawatankuasa akan diteruskan. Kami akan terus mendapatkan  pandangan dan melakukan perbincangan yang lebih mendalam serta mengumpulkan maklum balas pekerja platform dan syarikat platform," kata Dr Koh.

Sumber : CNA/FA/ny

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa