Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pekerja penghantaran makanan kongsi keprihatinan tentang caruman CPF

Anggaran Waktu Membaca:
BERITAMediacorp: Sekitar 100 pekerja penghantaran makanan berbilang kaum dan agama di kawasan Bukit Panjang berkumpul untuk meraikan Hari Raya bersama dalam acara 'Project Riders' di Kelab Masyarakat Bukit Panjang pada Rabu (26 April).

Di samping itu, mereka juga dapat berkongsi pandangan tentang langkah pemerintah mewajibkan pekerja platform bawah 30 tahun membuat caruman CPF mulai separuh kedua 2024.
Tahun ini merupakan tahun ketiga Pejabat Kawasan Undi Bukit Panjang menganjurkan program dan acara setiap menjelang musim-musim perayaan buat para pekerja penghantaran makanan di kawasan berkenaan.

Bagi acara kali ini, dua reruai disediakan di mana para pekerja penghantaran boleh memberikan maklum balas dan cadangan.

"Dua ruang yang diadakan di sini berkenaan dengan CPF yang dikhaskan dan kami ingin mendapatkan maklum balas daripada para peserta dan apakah yang diharapkan daripada usul pemerintah ini," kata Naib Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC) Bukit Panjang, Rosnah Mohd Sah.

Beliau juga berharap lebih banyak acara fizikal sebegini dapat diadakan pada masa-masa mendatang.
MEMBENTUK RANGKAIAN ANTARA PEKERJA PENGHANTAR MAKANAN LAIN

Acara yang dianjurkan Jawatankuasa Perundingan Rakyat Bukit Panjang (BP CCC) dan Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC) Bukit Panjang juga bertujuan untuk membentuk rangkaian sokongan buat pekerja penghantaran makanan di kawasan berkenaan.
 
"Melalui perbualan saya dengan pekerja penghantaran makanan, mereka berdepan dengan banyak masalah. Kerja itu sendiri, keluarga, masa depan dan kehidupan mereka. Jadi kami ingin menyediakan kumpulan sokongan buat mereka di mana masyarakat akan membantu mereka, beri kekuatan dan bantu mereka hadapi kerumitan hidup. Pada masa yang sama berhubung dengan pekerja penghantar lain," kata Penasihat Pertubuhan Akar Umbi kawasan Bukit Panjang, Encik Liang Eng Hwa.

Beliau juga menarik perhatian mengenai keinginan pekerja penghantar makanan untuk mempelajari kemahiran baru.

"Ada di kalangan mereka yang ingin mencari kemahiran lain buat kerjaya pada masa depan, jadi kami juga akan membantu mereka dan memberikan sokongan dalam inisiatif ini," tambah beliau.
KEPRIHATINAN DAN KEBIMBANGAN PARA PEKERJA PENGHANTAR MAKANAN

Antara keprihatinan yang diluahkan para pekerja mengenai hal itu adalah pendapatan mereks yang tidak menentu serta perlindungan insurans.

"Mungkin pemerintah akan mengambil berat kepada kita terutama seperti perlindungan insurans atau sebagainya. Contohnya saya mempunyai lima orang anak dan bekerja sepenuh masa. Saya mula kerja dari pukul 7.00 pagi sampai pukul 8.00 malam, jadi pendapatan saya tidak tetap," kata salah seorang peserta, Noraizam Abdul Rahman.
Selain itu, peraturan-peraturan yang dikuatkuasakan buat para pekerja platform ini juga diharap dapat dilonggarkan.

"Dari segi pemerintah, saya harap mereka dapat melonggarkan peraturan-peraturan yang ada sekarang ini, tenangkan sikit jadi kita boleh buat kerja kita dengan senang," kata peserta Mohamad Nazly Ohtman.
 
Para peserta juga tidak pulang dengan tangan kosong. Mereka semua menerima beg habuan berisi kuih raya, biskut, minuman dan beras.
Sumber : BERITA Mediacorp/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan