Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pekerja penghantaran makanan ini hebat bermain piano; persembahannya tambat hati netizen

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Lain kali seandainya penghantaran makanan anda mengalami kelengahan, ia mungkin kerana pekerja penghantaran makanan anda sedang terbuai bermain piano.

Pengguna TikTok dengan nama akaun "morrdecai", yang memperkenalkan dirinya sebagai AdamSyah dalam profilnya, mendapat pujian warga net selepas dia memuat naik video yang menunjukkannya bermain piano di kolong blok HDB.

Adam, yang merujuk kepada dirinya sebagai seorang "pekerja penghantaran makanan Grab" dalam catatan videonya turut berkongsi bahawa dia berasa teruja memainkan beberapa buah lagu sebaik saja dia menemui piano tersebut.

Video itu berhasil memperolehi lebih 89,800 tontonan dan hampir 14,000 tanda suka sejak ia dimuat naik pada Ahad lalu (25 Dis).

Video tersebut malah, turut dibanjiri dengan pujian kepada bakat Adam dalam ruang komen catatan tersebut.

Sesetengah pengguna juga cuba meneka lokasi piano itu, dengan sebilangan daripada mereka berpendapat piano tersebut mungkin berada di kolong Blok 107 Yishun Ring Road, meskipun lokasi sebenar belum lagi disahkan oleh Adam sendiri.

Melalui video tersebut, piano itu boleh dilihat di sebelah rak buku.

Namun tidak jelas siapa yang meletakkan piano dan rak buku di kolong blok berkenaan, mahupun apakah kegunaan barangan tersebut.
Sumber : Today/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan