Pekerja penghantaran makanan 24 tahun maut dalam nahas di Gambas Avenue
Seorang penunggang motosikal berusia 24 tahun maut dalam satu kemalangan melibatkan sebuah van dan dua motosikal di Gambas Avenue menghala ke Yishun Avenue 7 pada Ahad (10 Apr).

(Gambar: Facebook/SG Road Vigilante)
SINGAPURA: Seorang penunggang motosikal berusia 24 tahun maut dalam satu kemalangan melibatkan sebuah van dan dua motosikal di Gambas Avenue menghala ke Yishun Avenue 7 pada Ahad (10 Apr).
Dalam respons kepada pertanyaan oleh Mediacorp, polis menyatakan pada Isnin (11 Apr) bahawa mereka dimaklumkan kepada kemalangan itu pada pukul 1.08 petang semalam.
Mangsa ditemui dalam keadaan tidak bergerak dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh seorang anggota paramedik Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF).
Seorang lagi penunggang motosikal, iaitu seorang lelaki berusia 20 tahun dibawa dalam keadaan sedar ke hospital. Seorang pemandu van berusia 36 tahun diberkas kerana memandu secara cuai hingga menyebabkan kematian.
Siasatan polis masih dijalankan.
Petikan gambar dan video kejadian yang tular di media sosial menunjukkan mangsa terkulai di tepi jalan raya berhampiran sebuah motosikal.
Beliau kelihatan sedang memakai kemeja Foodpanda sebelum ditutup dengan kain putih dan khemah polis.
Akhbar Bahasa Mandarin Shin Min Daily News melaporkan bahawa sekitar 12 sanak saudara mendiang datang ke tempat kejadian.
Shin Min melaporkan bahawa mangsa merupakan seorang pekerja penghantaran makanan, yang mana isterinya sedang hamil tiga bulan.
Saudara lelaki mendiang, yang ditemu bual di rumah mayat pada Isnin petang, berkata bahawa keluarganya sedang merayu bagi sebarang saksi untuk tampil dan enggan memberi komen lanjut.
Mediacorp sudah menghubungi Foodpanda bagi mendapatkan komen.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.