Pekerja pembersihan maut dilanggar lori di pusat beli-belah Hougang 1
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Tangkapan skrin Google Street View)
SINGAPURA: Seorang pekerja pembersihan 69 tahun maut dilanggar lori yang sedang berundur pada Rabu (5 Okt), membawa jumlah kematian di tempat kerja kepada 38 pada 2022.
Jumlah ini melebihi 37 kematian di tempat kerja yang dilaporkan pada keseluruhan tahun lalu.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Tenaga Manusia (MOM), ia menyatakan kemalangan tersebut berlaku di pusat beli-belah Hougang 1, di Hougang Street 91, sekitar pukul 9.50 pagi pada Rabu (5 Okt).
Pekerja pembersihan berkenaan dilanggar sebuah lori yang sedang berundur dari kawasan memunggah. Lelaki warga Singapura itu dikejarkan ke Hospital Masyarakat Sengkang, di mana dia meninggal dunia akibat kecederaan yang dialami, menurut MOM.
"Sebagai langkah umum keselamatan, pemandu yang sedang mengundur kenderaan harus awas tentang kemungkinan pejalan kaki atau pekerja-pekerja lain yang berada dalam titik buta kenderaan mereka," kata seorang jurucakap kementerian.
"Jika boleh, mereka harus meminta pertolongan untuk membantu mereka mengundurkan kenderaan.
"Para pekerja juga perlu berwaspada dan sentiasa mengawasi sebarang kenderaan yang bergerak ketika di tempat kerja," tambahnya.
MOM sudah mengenal pasti pemilik tapak, di mana berlakunya kemalangan tersebut, iaitu Serene Land, dan majikan pekerja pembersihan tersebut sebagai Avon Cleaning Services.
Bulan lalu, sebagai respons kepada rentetan kematian di tempat kerja, kementerian tersebut buat pertama kalinya melaksanakan tempoh tangguh kerja mandatori demi keselamatan.
Kementerian tersebut sudah menjalankan pemeriksaan bagi pematuhan bermula 1 Oktober dan menyatakan ia akan
menggantung syarikat daripada menggajikan pekerja hijarahan selama sebulan.
Satu tempoh "keselamatan dipertingkat " selama enam bulan juga diperkenalkan, bermula 1 September hingga 28 Februari 2023.

Sumber : CNA/AE/ny
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.