Pekerja Mr Coconut dakwa dipecat kerana hamil, syarikat rujuk kepada prestasi hambar
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: Mr Coconut Singapore/Facebook
SINGAPURA: Mr Coconut, rangkaian runcit popular yang menjual minuman kelapa di sini, menyangkal dakwaan "pemecatan tidak adil dan diskriminasi terhadap wanita hamil", selepas catatan Facebook oleh bekas pekerjanya menjadi tular.
Menjawab pertanyaan Mediacorp pada Rabu (7 Feb), syarikat itu menyatakan bahawa prestasi buruk bekas pegawai khidmat pelanggannya, Charissa Tan, dan bukan kehamilan yang menyebabkannya dipecat.
Menerusi catatannya di Facebook pada 18 Jan, Cik Tan mendakwa bahawa syarikat itu "dengan tidak berhati perut telah menamatkan pekerjaannya" pada 17 Jan selepas mendapat tahu tentang kehamilannya.
Apabila syarikat tersebut menghubungi Cik Tan menerusi hantaran Facebooknya untuk menyiasat mengenai hal tersebut, beliau berkata bahawa beliau "sanggup memberi kerjasama sepenuhnya" terhadap sebarang siasatan yang dijalankan dan memberikan lebih banyak maklumat.
Namun, pada 23 Jan apabila Mr Coconut menghubunginya secara rasmi untuk memberi maklumat lanjut mengenai dakwaannya dan meminta persetujuannya untuk mendedahkan komunikasi antara kedua-dua pihak "(dalam usaha memberikan) ketelusan sepenuhnya", beliau "tiba-tiba enggan" bekerjasama dalam siasatan yang dijalankan, menurut syarikat tersebut kepada Mediacorp.
Dalam responsnya kepada pertanyaan Mediacorp, Perikatan Tiga Pihak bagi Penyelesaian Pertikaian (TADM) dan Perikatan Tiga Pihak bagi Amalan Pekerjaan Adil dan Progresif (TAFEP) menyatakan bahawa pihaknya telah mengatur sesi pengantaraan antara Cik Tan dan Mr Coconut bagi "menghuraikan perkara itu dengan adil" berdasarkan garis panduan dan peraturan yang relevan.
Mediacorp sudah berulang kali menghubungi Cik Tan untuk memintanya mengulas tentang hal tersebut.
Dalam satu kemas kini yang dimuat naik ke Facebook pada Rabu, Cik Tan mengatakan bahawa beliau "tidak dibenarkan untuk berkongsi apa yang berlaku hari ini di TADM atas sebab privasi dan kerahsiaan.
Beliau menambah: "Malangnya kami tidak dapat mencapai kata sepakat hari ini, dan perkara itu kian memburuk."
KEHAMILAN 'TIDAK DIJADIKAN SEBAGAI PERTIMBANGAN'
Mr Coconut menjelaskan bahawa Cik Tan telah menyertai syarikat tersebut pada 7 Nov tahun lalu, dan dikehendaki menjalani tempoh probesyen selama tiga bulan. Tempoh probesyen itu sepatutnya berakhir pada 6 Feb.
Sepanjang tempoh itu, mana-mana pihak boleh memberikan notis bertulis dalam masa 24 jam untuk menamatkan kontrak, atas dasar tanpa sebarang kesalahan.
Dalam pada itu, pada 17 Jan apabila dipecat, Cik Tan "sebenarnya bukan seorang pekerja tetap" dan masih menjalani tempoh probesyen selama tiga bulan, jelas Mr Coconut.
Ia menambah bahawa khidmatnya dihentikan berdasarkan tempoh notis 24 jam yang dinyatakan dalam kontraknya.
Ia turut menegaskan bahawa kehamilannya "tidak pernah dijadikan sebagai isu" dalam keputusan untuk menamatkan khidmatnya, dan tempoh notis lebih seminggu pada mulanya diberikan kepadanya, tetapi Cik Tan menolaknya.
Dalam satu laporan yang diterbitkan di laman AsiaOne pada 26 Jan, Cik Tan berkata bahawa penyelianya, setelah mendapat tahu tentang kehamilannya, telah bertanya kepadanya jika dia mahu terus bekerja. Cik Tan menjawab dengan mengatakan bahawa beliau mahu bekerja demi menyara keluarganya.
"(Penyelia saya) memberitahu saya dia akan bercakap dengan bos, kemudian dia memberitahu saya ... bahawa beliau akan memaklumkannya tentang perkembangan (rundingan itu)," ujar Cik Tan.
"Keesokan harinya, (khidmat saya dihentikan)."
Cik Tan juga mendakwa bahawa khidmatnya dihentikan kerana "prestasi buruk", keadaan kesihatan yang lemah dan mempunyai "postur badan yang kurang baik di tempat kerja".
Mr Coconut menarik perhatian bahawa pihaknya memutuskan untuk menamatkan khidmat Cik Tan pada 15 Jan dan telah menerbitkan iklan pekerjaan bagi peranannya itu pada hari yang sama.
Dalam kenyataannya, Mr Coconut menyatakan: “Pada masa penting keputusan dibuat untuk tidak mengesahkan probesyen Cik Charissa Tan pada 15 Jan, tiada siapa mempunyai sebarang sebab untuk mempercayai atau mengesyaki bahawa Cik Charissa Tan mengandung. Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup, Cik Charissa Tan masih kuat merokok, (bahkan) lebih daripada tiga hingga empat kali sehari."

Sumber : Today/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.