Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pekerja maut, terjatuh dari tingkat empat ketika mengecat kondominium di Bedok

Seorang pekerja 37 tahun maut pada Selasa (12 Jan) selepas terjatuh dari tingkat empat sebuah blok kondominium di Bedok ketika mengecat bahagian luar bangunan tersebut.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Seorang pekerja 37 tahun maut pada Selasa (12 Jan) selepas terjatuh dari tingkat empat sebuah blok kondominium di Bedok ketika mengecat bahagian luar bangunan tersebut.

Kejadian itu berlaku pada kira-kira pukul 3.50 petang di 738 Bedok Reservoir Road, menurut Kementerian Tenaga Manusia (MOM) pada Sabtu (14 Jan). Ia merupakan alamat kondominium Waterfront Isle.

Pekerja yang meninggal dunia itu, seorang warga Myanmar, sedang mengecat sebuah blok apartmen bersama seorang lagi rakan kerjanya menggunakan gondola, menurut MOM.

"Namun, kedua-dua pekerja itu memanjat keluar dari gondola tersebut untuk mengecat bahagian tembok yang sukar dicapai," tambah MOM.

"Mendiang sedang berdiri di atas belebas konkrit apabila dia terjatuh dari tingkat empat."

Pekerja itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh anggota paramedik.

MOM menyatakan ia sedang menyiasat kejadian itu dan  mengarahkan penghuni serta majikannya, ISOTeam C7P supaya henti menggunakan gondola itu serta semua aktiviti yang memerlukan pekerja bertugas dari ketinggian di premis itu.

MOM menambah bahawa ISOTeam C&P juga dilarang daripada mengambil pekerja hijrahan baru selama tiga bulan disebabkan kawalan risiko yang lemah. Pengarah urusannya juga perlu memberi penjelasan secara peribadi kepada MOM dan ambil tanggungjawab untuk membaiki keadaan.

"MOM tidak teragak-agak untuk mendakwa mereka yang bertanggungjawab jika terdapat sebarang salah laku," menurut MOM.

"Di bawah undang-undang, tiada sesiapa pun yang seharusnya masuk atau meninggalkan gondola itu melainkan jika ia berada di lantai bawah atau di mana-mana ketinggian yang membolehkan mereka untuk menaikinya dengan selamat," tambah MOM.

"Para pekerja juga harus diberikan peralatan keselamatan sesuai bagi mengelakkan mereka terjatuh ketika bekerja dari tempat yang tinggi."

Kejadian itu merupakan kes kematian pertama di tempat kerja yang dilaporkan pada 2023.

Pada 30 Dis, seorang pekerja warga India berusia 38 tahun mati selepas kebakaran melibatkan silinder gas di sebuah bangunan di 21 Tuas Avenue 3.

Kesnya merupakan kematian ke-46 di tempat kerja pada 2022.

Jumlah kematian di tempat kerja pada 2022 mencecah 37 kes kematian bagi keseluruhan 2021.

Pada 1 September lalu, MOM menggesa agar tempoh keselamatan yang dipertingkatkan selama enam bulan dilaksanakan sehingga 28 Februari 2023, menyusuli beberapa kematian di tempat kerja.

Sebagai sebahagian daripada tempoh keselamatan yang dipertingkat itu, syarikat dalam sektor berisiko tinggi seperti binaan dan pengilangan perlu berhenti daripada rutin kerja harian mereka secara mandatori untuk menyemak proses keselamatan.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan