Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pekerja maut terjatuh 10 tingkat di tapak binaan BTO Sembawang

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Seorang pekerja binaan di tapak kerja Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) meninggal dunia selepas dihentak ​​baldi bahan sisa dan terjatuh dari ketinggian 10 tingkat pada Isnin (9 Okt).

Kejadian maut di tempat kerja itu berlaku di Blok 371B Sembawang Avenue pada kira-kira 3.00 petang, kata Kementerian Tenaga Manusia (MOM), menjawab pertanyaan Mediacorp pada Selasa. Tapak itu merupakan projek flat Bina Ikut Tempahan (BTO) Sun Sails.

Pekerja warga Bangladesh berusia 29 tahun itu berada di tingkat 10 bangunan yang sedang dibina ketika kejadian itu berlaku.

Dia sedang memberi arahan kepada seorang pengendali kren yang mengangkut baldi bahan sisa apabila baldi itu terhayun menghentaknya.

Kesan itu menyebabkannyaterjatuh bersama-sama dengan penghadang perlindungan.

Polis memberitahu Mediacorp bahawa pihaknya menerima panggilan meminta bantuan mengenai kemalangan industri di tapak kerja.

Lelaki itu dihantar dalam keadaan tidak sedarkan diri ke hospital, tambah polis.

Pekerja itu dibawa ke Hospital Khoo Teck Puat, di mana dia meninggal dunia akibat kecederaannya, tambah MOM.

HDB ialah pemaju tapak kerja itu, manakala pengendalinya syarikat binaan BHCC Construction.

Pekerja yang meninggal itu bekerja dengan syarikat binaan Jian Xin Construction.

MOM berkata ia telah mengarahkan semua kerja mengangkat di tapak binan itu dhentikan dan sedang menyiasat kejadian tersebut.

Sebanyak 14 kematian di tempat kerja dilaporkan kepada MOM dari Januari hingga Jun tahun ini.
Sumber : CNA/SU/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan